Sabtu, 23 Disember 2017

5 Sebab Kenapa Peniaga Online Perlukan Blog

Peniaga online memang sangat ramai, boleh jadi 50 peratus daripada rakan-rakan Facebook dan Instagram anda merupakan peniaga online. Mereka yang berniaga secara atas talian ini mungkin ‘product owner’ atau pemilik/pengasas produk. Mungkin juga ejen dropship, dan wakil jualan sesetengah produk. 

Produk sudah ada, pada masa sekarang ni promote bukan masalah bila ada akaun media social Facebook, Instagram, Twitter atau Wechat. Namun, berapa banyak sales yang anda dapat? Jangan-jangan dah ramai rakan-rakan anda yang ‘unfriend’ anda sebab iklan yang anda post menganggu timeline mereka.
5 Sebab Kenapa Peniaga Online Perlukan Blog


Kenapa Peniaga Online Perlukan Blog?

Blogging merupakan salah satu cara untuk berkomunikasi dan menyediakan maklumat penting untuk bacaan bakal pelanggan anda. Blogging adalah satu platform pemasaran yang membantu perniagaan anda kekal berdaya saing dan membantu mengembangkan perniagaan anda nanti.

Secara perumpamaannya, perniagaan anda umpama sebatang pokok, akar-akar pokok tersebut adalah artikel-artikel yang anda terbitkan didalam blog. Kekuatan informasi yang anda kongsikan didalam blog akan membawa lebih banyak ‘organic search’ daripada enjin carian seterusnya menghasilkan jualan.


Apakah Maksud Blog?

Blog bermaksud ‘web log’ dimana anda mengongsikan idea, tips dan infomasi. Dalam blog tersebut anda boleh kongsikan maklumat tentang kebaikan, kelebihan produk, pendidikan atau mungkin juga kehidupan anda. Walaubagaimanapun, dalam blogging tentang bisnes, anda tidak perlu kongsikan tentang hal kehidupan anda melainkan untuk mempromosikan produk jualan anda, atau sesuatu penceritaan peribadi yang menjadi ikutan kepada pelanggan anda.

5 sebab utama kenapa anda perlukan blog untuk meningkatkan engagement dan leads kepada produk jualan anda adalah:-

1. Menyediakan Maklumat  Penting Tentang Produk 
Blog boleh menjadi saluran komunikasi langsung bagi anda untuk menyampaikan maklumat yang berguna kepada pelanggan anda. Ia boleh digunakan untuk memberi maklumat mendalam untuk mendidik pembaca anda tentang produk anda. Sebagai contoh, jika anda menjual ‘Coconut Oil’, lebih baik anda dapat mendidik pelanggan berpotensi tentang manfaat, panduan atau cara menggunakan minyak kelapa dalam bentuk yang lebih terperinci.

2. Menghasilkan Trafik Ke Kedai Online Anda
Rajinkan update  blog anda jika anda mahu lebih banyak trafik ke kedai anda! Salah satu cara yang berkesan untuk mendapatkan carian organik adalah melalui blog. Kandungan berkualiti masih merupakan cara terbaik untuk tewaskan pesaing anda dalam laman web enjin carian mana pun. Sudah tentu, ranking kedai online anda tidak akan mendapat di bahagian atas halaman enjin carian tetapi masih boleh meningkatkan trafik dengan ketara dari masa ke masa.

3. Platform Untuk Promosikan Syarikat Anda
Anda boleh kongsikan pada platform media sosial anda mengenai trend, sosial, perniagaan, ekonomi dengan mudah dan pantas, namun blog adalah medium yang terbaik untuk berkongsi idea untuk topik-topik yang trend dan membolehkan idea syarikat anda menyerlah.

4. Komunikasi 2 Hala
Perkara terbaik apabila memiliki blog untuk perniagaan anda ialah pelanggan anda boleh memberikan maklum balas dan mengulas mengenainya. Syarikat mendapat maklum balas yang lebih berharga daripada pelanggan sebagai balasan dan boleh memanfaatkan peluang untuk meningkatkan perkhidmatan dan produk anda. Anda secara khusus boleh meminta maklum balas pada akhir pos blog anda. Cara ini juga dapat meningkatkan kefahaman anda terhadap potensi pelanggan anda.

5. Tukar Trafik Kepada Jualan
Jika ada trafik ke laman web anda melalui blog, itu bermakna anda mempunyai peluang untuk menjadikannya sebagai jualan. Dalam kes ini, apabila anda menulis postingan blog tentang produk anda, anda harus mengambil kesempatan ini untuk membawa minat mereka ke laman web produk anda. Satu cara yang boleh anda lakukan adalah memasukkan link ke kedai online anda.

Bagaimana jika anda ada kedai online dan juga memiliki sebuah lagi blog untuk kegunaan diatas? 

Ya, pastinya pilihan yang terbaik untuk membantu meningkatkan jualan anda..

Tetapi...

Bagaimana jika ada satu platform yang boleh digunakan untuk membuka kedai online dan juga blog dengan mudah? ianya pasti lebih mudah berbanding membuat 2 blog berasingan kan?

leaderboard-05

Tahukah anda, dengan EasyStore anda boleh membuat 'online store' dan 'blog' dengan langganan yang sangat berpatutan? Untuk anda yang berminat atau ingin beralih kepada perkhidmatan lebih baik, layari EasyStore untuk maklumat lebih lanjut!

Related Posts

5 Sebab Kenapa Peniaga Online Perlukan Blog
4/ 5
Oleh

4 comments

Tulis comments
avatar
26 Disember 2017 8:17 PTG

ya wajib peniaga ada blog, tgk sekarang china banyak menguasai perniagaan melalui ali baba dan Tmall

Reply
avatar
26 Disember 2017 8:18 PTG

rugi peniaga tiada blog...kalau x reti perlu la upah sahaja

Reply
avatar
7 Januari 2018 8:05 PG

Betul tu..kebanyakkan laman e-commerce ada ruangan blog untuk menjana trafik berkualiti utk menjana jualan..

Reply
avatar
7 Januari 2018 8:07 PG

Yup. Banyak yg menwarkan pembinaan blog dgn harga berpatutan. Peniaga kena bijak lebih2 lagi di zaman teknologi ni..semua menggunakan enjin carian utk mencari maklumat.

Reply