6 Cara Buat Duit Dengan Blog

Ramai yang nak menjana pendapatan sampingan. Namun, ramai yang tak tahu dimana lubuk terbaik yang sesuai dengan kepakaran dan minat yang anda miliki. Kini, terdapat banyak cara untuk mendapatkan pendapatan sampingan secara online. Antara cara yang biasa dibuat adalah menjual produk dropship atau jual pakaian bundle di pasar malam. Tetapi, tahukah anda bahawa berniaga secara online dan membuat duit melalui blog merupakan cara paling baik pada zaman teknologi serba canggih ini?

Menulis blog pun boleh buat duit? Ya. Betul. Dengan melalui blog, anda boleh menjana pendapatan yang banyak melalui beberapa cara. Saya sendiri merupakan blogger separuh masa tapi boleh menjana ratusan ringgit sebulan, apatahlagi blogger fulltime yang memang aktif menulis artikel dan menyertai event sana sini. Boleh jadi, mereka boleh mengaut pendapatan 4 hingga 5 angka sebulan.
Baiklah, jika anda serius nak buat duit dengan blog, baca 6 cara ini dahulu. 
6 Cara Buat Duit Dengan Blog

Saya kongsikan melalui pengalaman saya sendiri , antara cara buat duit dengan blog yang saya gunakan adalah:

1- Affiliate
Pendaftaran untuk menyertai program affiliate kebiasaanya percuma. Namun, ada sesetengah website yang mengenakan bayaran tertentu tetapi masih banyak yang percuma. Konsep program affiliate ini mudah saja, link affiliate akan diberikan bagi setiap produk yang anda promote misalnya jualan ebook. Sekiranya harga ebook tersebut adalah RM30, maka komisen anda kemungkinan adalah 50%, bermakna komisen anda ialah RM15 bagi setiap jualan.

Blogger hanya perlu mempromosikan link affiliate dengan blog. Cara mendapatkan jualan terpulang dengan kreativiti anda, samada meletakkan banner di sidebar ataupun menulis artikel khas tentang produk ebook tersebut. 
6 Cara Buat Duit Dengan Blog
Komisen Affiliate Klikjer.com (Ebook)

6 Cara Buat Duit Dengan Blog
Komisen Affiliate Tim Infokerjaya (Ebook)

Antara program affiliate antarabangsa yang agak lumayan untuk dicuba adalah Amazon Affiliate, Clickbank Affiliate atau Aliexpress Affiliate. Manakala, beberapa program affiliate yang boleh dicuba di Malaysia adalah seperti NetKL (Domain Hosting), Lazada, Zalora, InvolveAsia (Online Shopping), Tim Infokerjaya (Ebook) dan Klikjer (Ebook).

2 -  Sewaan Tapak Atau Meletakkan Banner Iklan
Setiap blog mempunyai kekuatannya tersendiri, baik kekuatan dari segi niche blog atau mempunyai trafik yang tinggi. Lazimnya, terdapat 3 cara mendapatkan duit dengan blog melalui banner didalam blog iaitu:
  1. Program Affiliate – Daftar mana-mana program affiliate dan letakkan banner produk tersebut di blog anda. Banner iklan boleh diletakkan di header, sidebar atau didalam blog post. Setiap jualan yang terhasil daripada banner tersebut anda akan diberikan komisen.
  2. Sewaan Tapak Iklan – Pemilik produk atau peniaga selalunya menggunakan cara meletakkan banner mereka di blog-blog yang mempunyai pengunjung yang tinggi. Maka, perkara pertama anda perlu dapatkan jika dah ada blog adalah sumber trafik. Kemudian, anda boleh tawarkan harga mengikut kedudukan banner iklan diletakkan.
  3. Pengiklanan – Selain program affiliate, banyak syarikat pengiklanan yang mempunyai banner seperti Nuffnang, Innity, AdNow, Mobicow, dan Adsense. Anda boleh mendaftar mana-mana syarikat pengiklanan ini untuk diletakkan didalam blog. Anda akan mendapat komisen berdasarkan Cost-Per-Clicks (CPC), Cost-Per-Metered (CPM) atau Cost-Per-Leads (CPL).

3 – Sponsor Post Atau Advertorial
Bagi pemilik produk yang mempunyai modal yang besar , seringkali mereka akan mencari blogger yang mempunyai kriteria atau niche yang berkaitan dengan produk mereka. Namun, kebanyakkan syarikat lebih mementingkan SEO Blogger yang mempunyai kekuatan untuk membolehkan artikel mereka berada di halaman pertama enjin carian. Sponsor Post bermaksud syarikat membayar blogger menerbitkan artikel mereka dengan bayaran tertentu. Menurut pengalaman saya, minimum payment untuk sponsor post atau advertorial adalah RM100 untuk 1 artikel yang diterbitkan. 

4 – Collaboration
Terdapat banyak syarikat dan pemilik produk memerlukan kerjasama anda untuk mempromosikan produk mereka. Sebab itu, ramai blogger seringkali mendapat tawaran collaborations daripada syarikat tersebut. Tingkatkan kualiti penulisan dan trafik blog anda dan syarikat-syarikat ini akan datang sendiri mencari anda (melalui email). Bayaran tentu ada, produk juga kemungkinan akan diberikan secara percuma.

5 – Jual Produk Digital (Ebook)
Inilah rahsia penulis, bagi anda yang mempunyai minat dan kepakaran dalam bidang tertentu, anda juga boleh menghasilkan sebuah Ebook khas untuk kongsikan kepakaran anda. Sebagai contoh, ramai yang perlukan panduan tentang Saham, Hartanah, Cara Buat Duit Online, Berniaga dan banyak lagi. 

Baca - Rahsia Mudah RM1,000 Sebulan Dengan Menulis

Anda hanya perlu menulis panduan tersebut dan failkan dalam bentuk PDF, jual produk tersebut dengan menjual sendiri di blog atau menggunakan agen affiliate untuk memudahkan kerja-kerja promosi.

6 – Review
Bagi anda yang suka melancong, suka makan, suka bersolek dan suka berkongsi apa saja. Banyak pemilik produk dan syarikat seperti hotel, homestay, kedai makan, produk kecantikan dan sebagainya yang menawarkan bayaran tertentu untuk mencuba produk dan perkhidmatan mereka. Selain blog, anda juga perlu aktif facebook, Instagram dan twitter. 

Kenapa saya dah lama jadi blogger tapi tak pernah dapat job review, sponsor posts, advertorial atau collaborations ?

Semua blogger bermula dari bawah juga, tiada orang yang buat sesuatu terus berjaya..ianya bermula daripada usaha yang tak putus-putus! Salah satu cara untuk membolehkan anda mendapat job samada review, sponsor posts, advertorial atau collaboration adalah dengan menulis artikel yang percuma tentang sesuatu produk dan perkhidmatan tanpa ada bayaran. Buat dengan ikhlas, nescaya suatu hari nanti ada syrikat yang menawarkan job untuk anda.

Kenapa saya dah join program affiliate tapi masih belum dapat menjana komisen dan jualan?

Promosi produk affiliate memang agak mencabar. Kita bukan jual produk, kita hanya promote produk supaya orang lain beli. Ini bermaksud, jika anda jual Ebook Panduan Bisnes Aiskrim, anda seharusnya kongsi jenis-jenis aiskrim, mesin aiskrim, kebaikan dan keburukan, resepi aiskrim tetapi bukan ebook itu sendiri.  Jika anda promote affiliate Lazada, ceritakan salah satu produk yang ada didalam Lazada atau beli barang dari situ, kemudian ceritakan pengalaman, kualiti produk dan rekomen orang membeli di Lazada. Dengan cara ini, meningkatkan lagi keyakinan orang lain untuk membeli produk tersebut. 

Baca juga - Jana Pendapatan Sehingga 5 Angka Dengan Affiliate InvolveAsia

Dalam promosikan produk affiliate, tiada janji yang anda akan dapat jualan atau komisen cepat atau lambat. Boleh jadi, esok dah dapat jualan, tetapi ada orang yang hanya Berjaya buat sales selepas 6 bulan selepas publish artikel mengenai produk affiliate. Jadikan jualan pertama sebagai lonjakan semangat mempromosikan affiliate tersebut.

Saya sama seperti anda juga, masih berusaha konsistenkan pendapatan online melalui blog. Syukur, sehingga bulan ini masih konsisten 3 angka, kadang 4 tapi itupun kadang-kadang saja. Apa yang pasti, ianya bermula daripada minat menulis dan berkongsi sehinggalah menjadi income. Semoga dengan perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

3 Comments

Add Comments
avatar
28 Disember 2017 11:17 PG

yang tak best dari blog ni satu je, makan masa..kalau tak jadi memang lagi lama la nak dapat income tu.tu yang kalau tak sabar, memang tinggal je jadinya blog tu berhabuk

Reply
avatar
Mus
3 Januari 2018 10:51 PG

pernah lalui zaman duit dari blog ni.. memang best..
2018 nak blogging mcm dulu.. cuma kena cari tune dulu..
lama dah tak menulis dengan aktif

Reply
avatar
9 Januari 2018 2:20 PTG

Nice sharing... Tahun ni nak focus kat blog...

Reply