Kadar Agihan Dividen ASB Tahun 2017

Bagi anda yang mempunyai simpanan pelaburan didalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN), pastinya pengumuman kadar agihan pendapatan atau dividen kepada anda sentiasa dinanti-nantikan pada setiap hujung tahun.

Walaupun ASB menunjukkan perkembangan yang baik sejak 5 tahun yang lepas, kita pastinya masih merasa risau dengan kadar penurunan dividen seperti yang berlaku pada tahun 2016 lepas. Kadar dividen ASB dan ASN bergantung kepada prestasi semasa ekonomi negara khususnya.

Kadar Dividen ASB Tahun 2017

Berapakah pengagihan kadar dividen dan bonus pada tahun 2017 ini?

TAHUN DIVIDEN BONUS CATATAN
Tahun 2017 ?.?? ?.?? Menjelang PRU-14?? (Naik??)

Kadar Dividen ASB Dalam 5 Tahun Sebelum

Berikut adalah jadual agihan dividen ASB bagi 5 tahun sebelum ini.

TAHUN DIVIDEN BONUS CATATAN
Tahun 2016 6.75 0.50 -
Tahun 2015 7.25 0.50 -
Tahun 2014 7.50 1.00 -
Tahun 2013 7.70 1.00 Tahun PRU (Naik)
Tahun 2012 7.75 1.15 Menjelang PRU (Naik)

Kita semua mengharapkan berita baik dalam pengumuman agihan dividen nanti. Rekod menunjukkan, setiap kali menjelang Pilihan Raya ada kenaikan kadar dividen dan bonus untuk ASB. Adakah tahun 2017 akan berulang kenaikan ini? 

Penangguhan Urusniaga ASB Dan ASN

Melalui portal rasmi ASNB, urusn niaga melibatkan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) akan ditangguhkan bermula pada 20 Disember 2017 sehingga 1 Januari 2018 bagi tunjuan pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

Kadar Agihan Dividen ASB Tahun 2017

Selepas pengumuman dibuat, agihan dividen tersebut akan dimasukkan ke akaun pemegang unit saham ASB dan ASN.

Baca juga - 5 Langkah Tingkatkan Keuntungan Dalam Saham

Oleh itu, kita bolehlah membuat semakan agihan dalam akaun ASB dan ASn bermula 2 Januari 2018. Semakan boleh juga dibuat menggunakan aplikasi atas talian MyASNB.

Baca Artikel Menarik Ini Juga

3 Comments

kenungkinan akan naik sebab nak imbangi kelemahan ringgit ..

itulah pandangan orang yang positif

Oh terima kasih atas pandangan positif tuan.

Kita tunggu dan lihat..
Moga2 bertambahlah kadar dividen nya..


EmoticonEmoticon