Rabu, 13 Disember 2017

Lazada Online Revolution Blogger Contest

Lazada Online Revolution Blogger Contest. Esok adalah tarikh akhir penyertaan contest ni, nasib baiklah masih sempat buka email dan nampak email peringatan daripada Lazada tentang contest yang akan tamat 14 Disember 2017. Semakin ramai blogger join, semakin besar jumlah hadiah yang bakal diberikan kepada pemenang contest nanti. Bagi saya, menang belakang kira, niat cuma nak tambah bilangan peserta untuk korang menang besar sikit hadiah nanti. Tapi kalau menang pun, kira rezeki lah tu. 
Lazada Online Revolution Blogger Contest

Lazada online revolution blogger contest ini bermula dari 11 November hingga 14 Disember 2017. Contest ini adalah sempena jualan Online Revolution besar-besaran di Lazada. Banyak potongan harga yang gila-gila murah dengan diskaun sehingga 80% daripada harga pasaran atau harga asal. Jika tak shopping sehingga esok, mungkin harga produk yang anda mahu akan kembali ke harga asal selepas Online Revolution ini.

Untuk melengkapkan penyertaan, saya akan jawab beberapa soalan yang diajukan dibawah ini..


1. Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience?

Produk pertama yang saya beli online? apa agaknya tu..urmmm..

Ya, ada 4 produk sekaligus saya beli. Antara produk itu adalah Roll & Play Mini Truck Kids Toys Luggage, Hair Straigthener, Mini Pocket Portable Fishing Pen dan Gaming Mouse yang bernilai RM290 termasuk kos penghantarannya. Kesemua produk ini saya beli melalui Lazada dan saya memang berpuas hati dengan delivery services yang pantas dan bungkusan yang rapi. Produk yang saya terima dalam keadaan baik dan saya gunakan sehingga sekarang. Luggage tu untuk menyimpan barang permainan anak saya, hair straightener tu isteri saya guna untuk luruskan rambut, mini pocket fishing reel tu sentiasa dalam bonet kereta untuk memancing pada bila-bila masa dan gaming mouse saya gunakan ketika menaip entry ini.


2 - Which types of products would you prefer buying online? 

Ramai yang suka shopping online ni sebab pertama adalah penjimatan masa, dan minyak kereta kehulu kehilir mencari produk yang nak dibeli di shopping mall. Kedua, pembayaran yang mudah. Tak perlu ke ATM untuk keluarkan duit, hanya gunakan Internet Banking atau Kad Kredit untuk urusan pembelian online.

Bagi saya, saya lebih cenderung membuat pembelian produk elektronik dan kelengkapan sukan secara online. Tidak perlu risau tersalah saiz atau tersalah warna sebab barangan elektronik tak perlukan saiz s, m, l atau xl. Lebih mudah dan murah beli secara online berbanding datang ke kedai-kedai elektronik.


3 - What to you love about online shopping?

Bila kita Online shopping ni banyak peluang untuk kita dapat 'harga runtuh'. Banyak laman e-commerce sekarang yang rajin bagi kod voucher potongan harga dan kempen jualan bermusim, lebih-lebih lagi apabila menjelang sesuatu perayaan di Malaysia. Ketika itulah kita perlu ambil peluang membeli produk yang kita inginkan dengan potongan harga yang luar biasa murah.


4 - Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales? 

Sebelum ini, saya ada belikan isteri saya mesin jahit kecil yang berharga RM194.50 termasuk kos penghantaran. Sehingga waktu ini, mesin jahit inilah yang digunakan buat baju dan menjahit pakaian yang koyak.

Ketika Online Revolution ini, saya merancang untuk membeli sebuah Fishing Reel yang sudah lama saya idam-idamkan. Dengan potongan harga 48%, Abu Garcia Baitcasting Fishing Reel ni hanya bergarha RM256.00.
Lazada Online Revolution Blogger Contest
ABU GARCIA BLACK Max3 5BB Left Hand Bait Casting Fishing Reel 6.4:1
Online Revolution ini bermula dari 11 November hingga 14 Disember 2017. Masih ada masa lagi untuk shopping sakan di Lazada.

Bagi yang blogger, contest ini masih berjalan sehingga esok. Penyertaan ramai, hadiah pun makin bertambah...nak join contest ini? join sini..

Related Posts

Lazada Online Revolution Blogger Contest
4/ 5
Oleh

5 comments

Tulis comments
avatar
16 Disember 2017 12:38 PTG

nda pernah sy beli di lazada.. zalora ja..tupun sekali sj hehe
btw gudluck

Reply
avatar
16 Disember 2017 5:57 PTG

saya tak sempat join dan sejujurnya belum ada hati nak join.

semoga berjaya bro

Reply
avatar
17 Disember 2017 10:16 PTG

Good luck! Nda sempat pula join ni contest

Reply
avatar
26 Disember 2017 8:20 PTG

lagi banyak masa gak beli online ni, riki sana sini 3..4 hari pun tarak setel. nak join contest lagi malas nak hadap....hihihi

Reply
avatar
26 Disember 2017 8:21 PTG

alahai dah lama dah tutup....kekadang ada gak mood tertentu join contest ni

Reply