Cara Mudah Buat Contact Form Di Blog

Cara Mudah Buat Contact Form Di Blog. Salah satu perkara penting dalam sesebuah website/blog adalah bagaimana pengunjung atau pelawat blog itu menghubungi anda. Adakah melalui email, atau melalui nombor telefon? Cara terbaik untuk memudahkan pengunjung bertanya soalan dengan anda adalah dengan meletakkan ruangan "Contact Us" atau "Hubungi Kami" di blog.

Terdapat banyak platform yang menyediakan Contact Form. Namun, tidak banyak yang percuma, anda perlu melanggan dengan caj yang ditetapkan setiap bulan. Ada peruntukkan untuk melanggan contact form berbayar? bolehlah buat..tapi kalau tak nak keluar modal hanya untuk contact form ni, kita pakai yang percuma saja..
Cara Mudah Buat Contact Form Di Blog

Cara Mudah Buat Dan Pasang Contact Form Di Blogspot

Apa yang saya kongsikan ini adalah contact form yang percuma saja. Website tersebut ialah Foxyform, dengan foxyform anda boleh membuat sebanyak mana pun Contact Form yang anda nak tanpa ada sebarang bayaran bulanan atau langganan. 

Langkah 1: Layari Foxyform
Cara Mudah Buat Contact Form Di Blog
Langkah 2: Pada bahagian Settings, 'tick' pada options yang tertera, biasanya Contact Form yang selalu kita jumpa ada ruangan Nama, E-mail, Subject dan Ulasan/Pertanyaan.

Cara Mudah Buat Contact Form Di Blog

Langkah 3: Pada bahagian Advanced Settings, ubah warna background, warna tulisan, jenis font dan font size mengikut warna dan stail yang anda mahu.

Cara Mudah Buat Contact Form Di Blog

Langkah 4: Pada bahagian Target E-mail Address, masukkan alamat e-mail anda yang betul. Setiap pertanyaan yang dihantar melalui form ini akan dihantar ke e-mail yang anda masukkan disini. 

Cara Mudah Buat Contact Form Di Blog

Langkah 5: Lihat Preview Contact Form yang anda telah buat seperti diatas. Jika dah cun, tick pada Antispam Protection dan klik button Create Formular (seperti di langkah 4)

Cara Mudah Buat Contact Form Di Blog

Langkah 6: Selepas anda klik Create Formular, HTML Code akan terpapar seperti diatas.

Cara Mudah Buat Contact Form Di Blog

Langkah seterusnya, anda perlu log in ke Dashboard blogger, pergi ke bahagian Pages. Letak nama Page "Contact Us"(1) , klik HTML (2), Copy & Paste HTML Code yang terpapar di langkah 6 diatas. Dah paste? klik Publish.

Cara Mudah Buat Contact Form Di Blog

View page yang anda dah buat tadi dan Contact Form akan kelihatan seperti diatas. Selesai ! bolehlah try hantar pertanyaan di contact form tu, menjadi ke tak? kalau mesej tu masuk ke email anda, maksudnya betullah tu..

Semoga membantu. Selamat mencuba.

2 Comments

Add Comments
avatar
3 Januari 2018 10:58 PTG

good info , nak belajar buat contact form nanti

Reply
avatar
5 Januari 2018 10:49 PG

Tq, pasang utk memudahkan pengunjung bertanya soalan dan advertiser menghubungi awak!

Reply