Giveaway Azam Baru 2018 By Elihjapahar.com

Advertisemen
Tahun 2018 sudah hampir sebulan bermula, namun tak terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2018! 

Berakhirnya tahun 2017, saya percaya pasti banyak pencapaian yang mungkin anda telah kecapi dalam kehidupan anda. Namun, bagaimana pula dengan pencapaian di tahun 2018 ini? Apakah azam baru tahun 2018 anda?

Azam baru membawa maksud keinginan/cita-cita atau matlamat yang kita hendak capai dengan bersungguh-sungguh. Untuk mudah menetapkan azam baru  adalah dengan mengenalpasti bentuk azam baru yang hendak dilaksanakan, sebagai contoh:-
Azam berbentuk hasil - Berhenti merokok, Mahu kuruskan badan, Kumpul duit untuk kahwin tahun depan
Azam berbentuk sistem - Berlari 3KM sehari untuk kuatkan stamina, Jogging setiap hari untuk kurangkan berat badan
Bagi saya, azam baru untuk tahun 2018 ni adalah fokus untuk program affiliate di blog. Ada 3 blog baru yang saya buat yang mempunyai 'niche' berbeza khas untuk promote affiliate. Pendapatan sampai empat angka setiap bulan  tu memang sangat susah, tetapi tiga angka tu harus dikekalkan. Berjayakah keazaman ini direalisasikan? Usaha perlu dilipat gandakan, kerana tanpa usaha sasaran tak akan tercapai! Inilah azam baru saya..


Memandangkan saya pernah update status Facebook ini tempoh hari, tak terlambat rasanya jika saya anjurkan satu giveaway sempena azam baru 2018 ini. Join ya!

Syarat Penyertaan

Syarat untuk penyertaan mudah saja, ikuti syarat mudah yang saya terangkan dibawah:

Langkah 1: Buat blog post bertajuk "Giveaway Azam Baru 2018 By Elihjapahar.com"
Langkah 2: Ceritakan tentang azam baru tahun 2018 anda (tak perlu salin balik entri ni, ceritakan terus mengenai azam baru 2018 anda)
Langkah 3: Tampal banner diatas dalam blog post dan link kan ke entri ini.
Langkah 4: Copy link blog post tu dan pastekan di ruangan komen entri ini.

Syarat mudah saja kan? kalau dah pernah buat blog post pasal azam baru, boleh olah semula dan buat satu entri baru..senang bah tu kawan..hehe! 

Hadiah Giveaway Berjumlah RM150

Hadiah yang akan saya berikan kepada peserta yang bertuah berupa wang tunai berjumlah RM150.

Pembahagian hadiah adalah..

Pertama : RM50
Kedua : RM40
Ketiga : RM30
Keempat : RM20
Kelima : RM10

Cara Pemilihan Pemenang

Pemilihan menggunakan random dot org bukan cara pemilihan pemenang yang saya rasakan adil dan sesuai untuk giveaway kali ini. Saya akan pilih sendiri (dengan bantuan isteri saya), blog post yang terbaik akan dipilih sebagai pemenang untuk wang tunai diatas. Manakala, peserta yang tidak berjaya akan dimasukkan dalam Bloglist 2018 blog ni nanti.

Tarikh Tutup Penyertaan

Giveaway ini akan berlangsung selama 3 minggu, bagi membuka ruang kepada blogger-blogger yang mungkin berminat nak join tetapi ada kekangan masa untuk buat entri penyertaan. 

Giveaway ini akan bermula pada 24 Januari 2018 sehingga 14 Febuari 2018, jam11:59 malam
Senarai pemenang akan diumumkan bila-bila masa selepas giveaway ini tamat!

Saya harap giveaway ni mendapat sambutan daripada rakan-rakan blogger seluruh Malaysia khususnya. Terima kasih dan semoga berjaya!

Advertisemen

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
© Copyright 2017 Elih Japahar - All Rights Reserved - Created By BLAGIOKE Diberdayakan oleh Blogger