Segmen Blogger – Jom Google Plus

Advertisemen
Segmen Blogger – Jom Google Plus. Buat julung kalinya di awal tahun 2018 ini, saya dengan bangganya menyertai segmen blogger anjuran blogger Hasrul Hassan. Walaupun pada masa sekarang ni, sambutan untuk menyertai segmen dan giveaway agak kurang memuaskan, apa salahnya sokong segmen rakan-rakan blogger yang lain. Sedikit sebanyak, dapatlah eratkan hubungan alam maya dan linking blog antara satu dengan blog lain, lebih-lebih lagi blog HH yang mempunyai kekuatan SEO tersendiri.

Segmen Blogger – Jom Google Plus

Jika anda seorang blogger, anda sangat dialu-alukan untuk menyertai segmen mudah ini. Tujuan utamanya adalah menguji keberkesanan fungsi google + untuk rank di enjin carian google, meningkatkan +1, membina backlinks dinamik antara blog dan paling penting melatih blogger menulis blog post dengan teknik SEO.

Tujuan Sertai Segmen

Saya menyertai segmen blogger – jom google plus ini adalah untuk perkenalkan sedikit sebanyak tentang blog saya ni. Blog saya adalah berkaitan perkongsian maklumat tentang panduan perniagaan, percutian, informasi terkini, program affiliate, gaya hidup, online shopping dan kadang-kadang kongsikan mengenai makanan. Senang cakap, blog ni agak rojak sedikit sebab tu lah ini Personal Blog. 

Jika anda ada keinginan membina backlinks yang baik antara blog, jom bersama-sama kita meriahkan segmen Hasrul Hassan ini.

Untuk kongsi blog post ini di Google Plus – Klik  

Tarikh tutup penyertaan adalah 15 Januari 2018 tepat jam 2 petang. Anda masih ada masa untuk menulis blog post untuk segmen ini.  Jom sertai segmen ini ya! Join sini

Advertisemen

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
© Copyright 2017 Elih Japahar - All Rights Reserved - Created By BLAGIOKE Diberdayakan oleh Blogger