Selasa, 23 Januari 2018

Semakan Syarat Kemasukan Dan Permohonan Ke Politeknik 2018

Semakan Syarat Kemasukan Dan Cara Mohon Ke Politeknik 2018. Sekarang dah bulan Januari 2018, tak lama lagi keputusan SPM 2017 akan keluar kebiasaanya pada bulan Mac setiap tahun. Ini bermakna, keputusan SPM 2018 akan keluar pada tarikh yang akan diumumkan di bulan Mac 2018. Keputusan SPM itulah yang akan menentukan destinasi seterusnya pengajian anda.

Samada anda layak untuk meneruskan pengajian di IPTA atau IPTS, itu tak penting sangat. Paling penting adalah, anda tahu dimana kekuatan anda. Jika anda berminat untuk menceburi bidang kejuruteraan, pentadbiran, pendidikan, pembinaan, elektrik, elektronik atau undang-undang pastikan anda telah memilih Universiti/Kolej yang akan dipohon nanti.

Cara Semak Syarat Kelayakan Kemasukan Ke Politeknik Malaysia

Sebelum anda membuat permohonan untuk memasuki Politeknik, anda haruslah mengetahui adakah anda layak masuk ke Politeknik ataupun tidak. Tujuan semakan ini adalah untuk mengetahui anda layak atau tidak. Jika layak, maka anda boleh lah memohon Kemasukan ke Politeknik dengan mengisi UPU.

Untuk menyemak kelayakan kemasukan ke Politeknik, anda boleh ikut step dibawah ni :

Langkah 1: Layari http://www.politeknik.edu.my/portalbpp2/index.asp
Langkah 2: Klik pada Pengajian Sepenuh Masa, pilih Diploma


Langkah 3: Pilih Semak Kelayakan SPM atau Kelayakan Selain SPM


Langkah 4: Masukkan Nombor Kad Pengenalan, kemudian masukkan Mata Pelajaran dan Gred mengikut Transkrip/Sijil SPM dan klik pada button Semak.


Langkah 5: Paparan maklumat program pengajian yang layak dan tidak layak akan terpapar.



Tahniah! Nama program pengajian yang bertanda hijau adalah LAYAK. Manakala, nama program pengajian yang bertanda pangkah merah adalah TIDAK LAYAK.

Jika anda layak memohon untuk jurusan pengajian yang anda minat. Kini, langkah seterusnya nanti adalah memohon UPU untuk kemasukan ke Politeknik.


Permohonan UPU Online Sesi Akademik 2018/2019


  1. Untuk makluman, pembelian Nombor Unik ID untuk permohonan UPU online akan mula pada 5 Febuari 2018 sehingga 9 April 2018.
  2. Pembelian boleh dilakukan secara individu melalui Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), atau menggunakan Mesin ATM. 
  3. Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan Nombor MyKAD pemohon. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran berserta dengan Nombor Unik ID (Nombor Pin UPU).
  4. Harga bagi pembelian Nombor Unik ID UPU adalah RM15.60 Tanpa GST
  5. Permohonan UPU online dibuka pada 5 Febuari 2018, jam 12 tengah hari dan tutup pada 10 April 2018, jam 11:59 malam.
  6. Untuk membuat permohonan, layari https://upu.mohe.gov.my

Semoga keputusan SPM anda cemerlang dan berjaya dalam permohonan memasuki Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.

Semoga bermanfaat.


Kongsikan Artikel Ini

Artikel Berkaitan

Semakan Syarat Kemasukan Dan Permohonan Ke Politeknik 2018
4/ 5
Oleh

4 Comments

Tulis Comments
avatar
23 Januari 2018 11:27 PTG

Politeknik memang bagus untuk mereka yang ada skill ..

Reply
avatar
29 Januari 2018 5:51 PG

gud luck untuk yang memohon... semoga berjaya...

psssttt terima kasih join Segmen Nak URL Blog #33. Blog anda ada di http://www.mialiana.com/2018/01/senarai-url-blog-33.html

Reply
avatar
3 Februari 2018 11:47 PG

Betul tuan, bagus utk mereka yg nak ada skill sebenarnya..

Reply