Ujian RPK Dan RSM JPJ – Nota Ringkas QTI JPJ

Advertisemen
Ujian RPK Dan RSM JPJ. Untuk membolehkan seseorang memandu kenderaan di jalan raya, anda perlukan Lesen Memandu Kompeten atau Competent Driving License (CDL) atau sekurang-kurangnya anda mempunyai Lesen P (lesen percubaan). Lesen P selalunya akan upgrade kepada CDL apabila tempoh 1 tahun yang diberikan untuk percubaan tamat.

Ujian RPK Dan RSM JPJ – Nota Ringkas QTI JPJ


Nota Ringkas RPK Dan RSM

Dalam proses mendapatkan Lesen P, ada 2 bahagian yang anda perlu lalui iaitu QTI (Ujian JPJ KPP, RPK dan RSM) dan Ujian Memandu JPJ. 

Apa Itu RPK? – RPK adalah singkatan kepada perkataan Rutin Pemeriksaan Kenderaan. Dalam RPK, anda perlu menerangkan tentang komponen-komponen kenderaan dan memeriksan kenderaan sebelum digunakan samada selamat ataupun tidak.

Apa Itu RSM? – RSM adalah singkatan kepada perkataan Rutin Sebelum Memandu. Dalam RSM ini pula, anda perlu memeriksa tempat duduk, tali pinggang keledar, stering, lampu, signal, cermin pandang belakang, cermin kiri dan kanan, hand brek, minyak, meter minyak dan sebagainya. RSM ni biasanya berlaku sebelum Ujian Memandu oleh Pegawai JPJ.

Ujian RPK – Rutin Pemeriksaan Kenderaan

Terdapat 5 bahagian yang perlu diperiksa meliputi keseluruhan kawasan kereta. 

Ujian RPK Dan RSM JPJ – Nota Ringkas QTI JPJ

Antara bahagian-bahagian yang wajib diperiksa adalah:-

Keseluruhan Badan Kenderaan
  1. Pastikan bumbung kenderaan bersih, tidak kemek atau karat
  2. Pastikan cermin hadapan bersih, tidak retak atau pecah
  3. Pastikan cukai jalan/Road Tax masih aktif/berkuatkuasa
  4. Pastikan getah wiper lembut dan masih boleh digunakan
  5. Pastikan bonet hadapan bersih, tidak kemek atau karat
  6. Pastikan lampu hadapan kiri/kanan bersih, tidak kemek atau pecah
  7. Pastikan nombor plat/pendaftaran kereta dalam keadaan bersih, nombor sama dengan road tax, tidak pecah atau retak
  8. Pastikan lampu isyarat kiri/kanan bersih, tidak retak atau pecah

Badan Kenderaan Kiri/Kanan
  1. Memastikan tayar hadapan kiri/kanan mempunyai bunga tayar masih tebal dan boleh digunakan, tekanan angina mencukupi.
  2. Memastikan lampu isyarat kiri/kanan dalam keadaan bersih, tidak retak atau pecah
  3. Memastikan cermin sisi kiri/kanan dalam keadaan bersih, tidak retak atau pecah
  4. Memastikan pintu hadapan kiri/kanan dan tingkap boleh dibuka dan ditutup dengan baik dan boleh dinaikkan serta diturunkan
  5. Memastikan tayar belakang kiri/kanan mempunyai bunga tebal dan boleh digunakan, tekanan angina mencukupi

Bahagian But (Belakang Kenderaan)
  1. Pastikan cermin belakang dalam keadaan bersih, tidak retak atau pecah
  2. Pastikan lampu brek belakang dalam keadaan bersih, tidak retak atau pecah
  3. Pastikan  getah wiper masih lembut dan boleh digunakan
  4. Pastikan lampu belakang/undur dalam keadaan bersih, tidak retak atau pecah
  5. Pastikan lampu isyarat belakang dalam keadaan bersih, tidak retak atau pecah
  6. Pastikan  bumper belakang masih kukuh dan dalam keadaan sempurna

Bahagian Dalam But
  1. Pastikan tayar gentian mempunyai bunga yang tebal, dan tekanan angina yang mencukupi
  2. Pastikan tanda amaran 3 segi, kabel jumper dan peralatan menukar tayar dalam keadaan baik dan masih boleh digunakan

Bonet Hadapan (Bahagian Enjin)
  1. Pastikan minyak enjin/dipstick atau batang penyukat minyak berada pada paras minimum atau maksimum
  2. Pastikan minyak brek berada pada paras minimum atau maksimum
  3. Pastikan air radiator penuh/kering
  4. Pastikan bateri basah berada pada paras upper/lower (bateri kering tak perlu)
  5. Pastikan getah, hos, tali sawat masih dalam keadaan lembut dan boleh digunakan


RSM – Rutin Sebelum Memandu

Sebelum menjalani ujian memandu oleh Pegawai JPJ, anda perlu melakukan RSM yang mana akan dinilai oleh Pegawai JPJ. Anda wajib melakukan kesemua pemeriksaan ini untuk pastikan anda mempunyai markah yang cukup untuk lulus Ujian RSM dan Memandu di Jalan Raya.

Ujian RPK Dan RSM JPJ – Nota Ringkas QTI JPJ

So, apa yang perlu anda buat adalah:
  1. Masuk kedalam kenderaan, duduk, pastikan brek tangan ditarik.
  2. Laraskan tempat duduk dan penyandar kepala.
  3. Tentukan kedudukan tangan pada stereng dalam keadaan yang selesa untuk memandu
  4. Pastikan semua penunjuk panel atau instrument bagi tolok bahan bakar, tolok suhu enjin, lampu amaran tekanan minyak enjin, lampu amaran bateri, lampu amaran brek tangan dan lampu amaran kedudukan gear (automatic) berfungsi dengan baik.
  5. Pastikan gear dalam keadaan bebas (Free Gear)
  6. Hidupkan enjin dengan menekan Clutch atau Brek
  7. Pastikan semua peralatan seperti lampu isyarat, lampu rendah/tinggi, pemancut air, wiper, lampu hazard dan takometer, hon berfungsi dengan baik.
  8. Uji dengan menarik tali pinggang keledar dan pakai
  9. Sebelum memulakan perjalan, bunyikan hon sekali saja
Namun, anda perlu lulus Ujian KPP (Kurikulum Pendidikan Pemandu) JPJ terlebih dahulu sebelum menjalani Ujian Memandu JPJ dan latihan mengikut jumlah jam pembelajaran. Baru nak ambil lesen L? Mungkin anda perlu lakukan latihan Ujian KPP JPJ secara atas talian dahulu. 

Baca juga - Ujian KPP JPJ Secara Online

Saya harap dengan perkongsian ini dapatlah menggambarkan situasi ketika Ujian RPK dan RSM itu nanti. Anda hanya buat ikut standard yang telah ditetapkan, satu kesalahan bermakna anda kurang satu markah.

Semoga berjaya nanti ya!

Advertisemen

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
© Copyright 2017 Elih Japahar - All Rights Reserved - Created By BLAGIOKE Diberdayakan oleh Blogger