13 Barangan Harga Kawalan Sempena Tahun Baru Cina 2018

Advertisemen
Tidak lama lagi, saudara kita yang berbangsa Cina akan meraihkan sambutan Tahun Baru Cina pada 16 & 17 Febuari 2018. Bagi anda yang ada saudara, rakan-rakan dan keluarga yang berkahwin dengan Cina bolehlah datang ke rumah terbuka Tahun Baru Cina tak lama lagi. Pasti banyak limau dan kuih muih yang akan dihidangkan.

13 Barangan Harga Kawalan Sempena Tahun Baru Cina 2018

Jenis Barangan Harga Kawalan Sempena Tahun Baru Cina 2018

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengumumkan 13 Jenis Barang di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Tahun Baru Cina 2018 pada 16 dan 17 Febuari ini.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pelaksanaan skim kawalan harga dibawah Akta Kawalan Harga dan Atipencatutan 2011 itu membabitkan 151 kawasan dan daerah di seluruh negara yang akan berkuatkuasa selama 12 hari bermula 10 Febuari sehingga 22 Febuari 2018.

Berikut adalah senarai 13 jenis barangan harga kawalan tersebut:-


Barangan Unit Harga Borong Harga Runcit
Ayam Hidup 1 KG RM5.70 RM6.20
Ayam Standard 1KG RM6.70 RM7.50
Ayam Super 1KG RM7.50 RM8.40
Telur Ayam Gred A Sebiji 36 Sen 38 Sen
Telur Ayam Gred B Sebiji 35 Sen 37 Sen
Telur Ayam Gred C Sebiji 34 Sen 36 Sen
Kubis Bulat Import 1KG RM2.50 RM3.50
Bawang Putih 1KG RM7.00 RM8.00
Ikan Bawal Putih 1KG RM37.00 RM40.00
Udang Putih Besar 1KG RM34.00 RM39.00
Babi Hidup 1KG RM8.00 RM8.00
Daging Babi (Perut) 1KG RM22.00 RM24.00
Daging Babi (Daging dan Lemak) 1KG RM14.00 RM16.00

Sumber rujukan - KPDNKK

Peniaga yang didapati gagal mematuhi pertauran mengikut skim tersebut akan dikenakan tindakan tegas dibawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Semoga perkongsian 13 Barang Harga Kawalan Sempena Tahun Baru Cina 2018 ini bermanfaat untuk anda.

Selamat Tahun Baru Cina 2018, Gong Xi Fa Chai !

Advertisemen

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments
© Copyright 2017 Elih Japahar - All Rights Reserved - Created By BLAGIOKE Diberdayakan oleh Blogger