Ahad, 11 Februari 2018

7 Perkara Perlu Dipelajari Sebelum Mulakan Pelaburan Saham

Perkara penting perlu diketahui dan dipelajari sebelum memulakan pelaburan saham di Malaysia. Duit bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan duit. Nak masuk tandas pun perlu bayar RM0.30 hingga RM2.00, apatah lagi membeli keperluan untuk meneruskan kehidupan seorang manusia?


Jika ditanya siapa yang mahukan duit, saya pasti semua orang pun nak jawap ya. Tetapi berapa ramai yang sanggup berusaha untuk mendapatkannya? Ada yang berniaga jual air balang ditepi jalan, ada jual burger, membuka kedai serbaneka, buat dropship dan menjalankan perniagaan online untuk menambah sumber pendapatan keluarga. Semakin besar sesebuah keluarga itu, semakin banyaklah perbelanjaan yang diperlukan.

Pelaburan Saham Untuk Pemula

Bagi anda yang berminat memulakan langkah pertama dalam pelaburan saham, anda perlukan ilmu yang cukup untuk mula laburkan duit anda itu. Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu anda ambil tahu sebelum mula melabur saham. Samada anda menghadiri seminar saham atau belajar sendiri ianya tetap konsep yang sama.

Perkara 1 – Ilmu Tentang Pelaburan Saham
Saya tahu, anda mungkin merasakan pelaburan saham ini sangat menguntungkan. Ramai yang telah berjaya dalam saham tetapi ada juga yang berputih mata kehilangan modal pelaburan. Jadi, anda tidak perlu terburu-buru beli kaunter itu dan ini tanpa sebarang ilmu. Jika begitu, anda apa kurangnya dengan berjudi!
Baca juga – Teknik Analisa Pelaburan Saham
Dengan ilmu menganalisa risiko kerugian atau membuat analisa (Fundamental atau Teknikal), anda boleh membuat research yang lebih banyak tentang sesebuah kaunter tersebut. Ini bagi mengurangkan risiko kerugian untuk melabur dengan cara yang sah, mudah dan patuh syariah.

Perkara 2 – Melabur Guna Dana Lebihan
Ingat! Pelaburan bukan suatu perniagaan yang pasti untung. Pasti ada turun naiknya. Dana lebihan yang dimaksudkan adalah duit yang kita sanggup untuk rugi 100%. Anda memang tidak digalakkan untung berhutang untuk digunakan dalam pelaburan saham. Jika belum cukup dana atau modal melabur, menyimpan dahulu.

Perkara 3 – Melabur Tanpa Guna Dana Yang Banyak
Tahukah anda, dengan modal RM100 pun kita dah boleh melabur? Ini kerana amaun minima untuk melabur adalah 1 Lot bersamaan dengan 100 unit sahaja berbanding 1000 unit dahulu. Harga seunit saham syarikat ada yang 10 sen, ada 50 sen,  malah ada yang lebih rendah daripada itu.
Baca juga - 21 Broker Saham Terbaik Di Malaysia
Melabur saham bukan hanya untuk orang-orang kaya saja, tak perlu pun modal yang banyak untuk mula pelaburan saham.

Perkara 4 – Pelaburan Jangka Pendek Dan Jangka Panjang
Pelaburan saham ni ada yang jangka panjang, ada juga jangka pendek. Kalau anda part-time saja untuk melabur saham, boleh jadi pelaburan untuk sebulan, setahun atau berpuluh tahun. Tetapi jika anda sepenuh masa, jangka pendek boleh dilakukan.

Perkara 5 – Pelaburan Tanpa Mengira Umur Dan Kerjaya
Jika anda banyak membaca dan follow mereka yang aktif dalam pelaburan saham, ada yang tua dan muda. Ada yang separuh masa, ada juga sepenuh masa. Pekerjaan mereka boleh jadi usahawan, cikgu, doctor gigi, artis, suri rumah dan sebagainya.

Perkara 6 -  Dokumen Dan Keperluan Buka Akaun CDS
Tahukah anda, dengan hanya membawa Salinan IC/KP, penyata bank dan duit RM10.60 anda sudah boleh membuka akaun CDS (Central Depository System) .
Baca juga – 3 Langkah Mudah Membuka Akaun CDS
Untuk membuka akaun CDS ni, anda boleh walk-in ke mana-mana cawangan bank yang terdekat dengan anda atau bank yang anda minat nak buka akaun CDS misalnya Maybank Investment, CIMB dan sebagainya.

Perkara 7 – Pengaruh Rakan
Betullah kata orang, rakan-rakan  adalah pengaruh terbesar dalam kehidupan anda. Jika rakan-rakan suka memancing maka memancinglah juga hobi tu. Kalau rakan-rakan suka main bermain forex, anda akan main forex juga tetapi ingat, memulakan pelaburan bukan suatu perkara yang perlu persaingan siapa yang lebih banyak untung atau tidak. Silap-silap, habis rugi macam tu saja. Pastikan anda betul-betul mempunyai ilmu dan dana lebihan yang cukup baru mulakan pelaburan saham tu.

Semoga dengan perkongsian 7 Perkara Perlu Dipelajari Sebelum Mulakan Pelaburan Saham ini boleh membantu anda dalam permulaan niat nak melabur saham.

2 comments:

  1. ramai yang silap.. guna gaji untuk melabur.. sekali rugi.. memang sakit kepala dibuatnya

    BalasPadam