Isnin, 26 Februari 2018

Cara Daftar Akaun MyASNB Secara Online

Cara Daftar Akaun ASB Online Mudah Dengan myASNB. Sejak diumumkan penggunaan laman web MyASNB untuk urusan penambahan deposit, semakan baki, dan semakan penyata akaun pelaburan tidak kiralah akaun pelaburan ASB, ASB 2, ASG, ASM, ASN, ASD, AS1M dan ASW 2020. Pejabat ASNB sentiasa penuh dengan orang, tetapi tahukah anda dengan sistem online ni kesesakan di kaunter ASNB boleh dikurangkan.

Dengan portal dalam talian terkini ASNB ini, sesiapa pun boleh mengunakan perkhidmatan yang tersedia didalam myASNB portal, antara perkhidmatan tersebut adalah:

  1. Pertanyaan butiran pegangan semasa
  2. Melihat rekod transaksi portal sehingga 90 hari
  3. Pelaburan tambahan
  4. Kemaskini maklumat peribadi


Apakah myASNB Portal?

myASNB Portal adalah dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Ia adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.


Cara Daftar myASNB Untuk ASB Online


Ramai yang nak tau, tapi tak ramai yang tahu macam mana proses pendaftaran atau pembukaan akaun myASNB online ni. Ada yang kata, perlu isi borang untuk daftar, ada pula kata perlu daftar online ja!

Sebenarnya, proses untuk daftar myASNB online ni hanya perlu KEMASKINI NOMBOR TELEFON terkini sahaja! Tujuannya adalah untuk anda menerima 6-digit TAC number untuk keselamatan Transaksi nanti.

Caranya, mudah saja..

Langkah 1: Pergi mana-mana cawangan ASNB berhampiran anda.
Langkah 2: Terus ke Kiosk! cucuk MyKAD/IC anda di kiosk tersebut dan buat pengesahan Cap Jari.
Langkah 3: Kemaskini Maklumat seperti NOMBOR TELEFON BIMBIT, Nombor Akaun, Email dan Alamat Terkini.

Satu email pemberitahuan/pengesahan pengemaskinian maklumat akan dihantar melalui email yang dimasukkan.

Selesai untuk Kemaskini Nombor Telefon!

Langkah 4: Lepas kemaskini, bolehlah balik rumah...buka komputer atau laptop dan layari https://www.myasnb.com.my/

Cara Daftar Akaun MyASNB Secara Online

Langkah 5: Klik pada Daftar di sini --> Continue 

Cara Daftar Akaun MyASNB Secara Online

Langkah 6: Isikan Maklumat Asas seperti No Kad Pengenalan dan Produk ASNB --> Seterusnya

Cara Daftar Akaun MyASNB Secara Online

Langkah 7: Untuk Pengesahan TAC, klik pada Permintaan TAC dan masukkan diruangan TAC 6 digit nombor yang dihantar melalui SMS di nombor telefon yang telah dikemaskini di Kiosk ASNB tu.
Cara Daftar Akaun MyASNB Secara Online

Langkah 8: Masukkan Maklumat ID Pengguna, Email, dan Soalan Keselamatan --> Tamat

Cara Daftar Akaun MyASNB Secara Online

Langkah 9: Buka email, dan verified email melalui link yang dihantar ke alamat email anda. Kemudian, Log Masuk ke akaun Pelaburan ASNB anda dengan mudah!

Cara Daftar Akaun MyASNB Secara Online

Langkah 10: Selesai! kini anda sudah boleh melihat akaun pelaburan ASNB anda. Bolehlah tengok Rekod Urusniaga myASNB, Rekod Urusniaga Terkini dan Penyata Akaun. Jika mau tambah pelaburan, klik saja button Pelaburan Tambahan dan buat deposit secara online.

Mudah kan?

Lepas ni saya akan kongsikan cara tambah simpanan ASB dengan menggunakan laman portal myASNB pula. Tunggu ya!

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Kongsikan jika boleh membantu rakan-rakan dan sahabat yang lain! :)

Related Posts

Cara Daftar Akaun MyASNB Secara Online
4/ 5
Oleh

8 comments

Tulis comments
avatar
cik akak
27 Februari 2018 10:44 PG

Esok lusa nak cuba pergi cawangan berhampiran

Reply
avatar
Auni Sofea
27 Februari 2018 10:55 PG

Senangla lepasni, tak perlu ke bank amek nombor. Good sharing

Reply
avatar
Hans
28 Februari 2018 11:04 PG

senang je daftar
saya dah dari tahun lepas
hehe

http://www.hanshanis.com/2018/02/nasi-ayam-penyet-bulldozer-seri.html

Reply
avatar
Ummi HaniE Annisa
24 Mac 2018 3:54 PTG

nice info.

saya belum buaka akaun ASNB lagi.
sedang berkira2

Reply
avatar
14 Mei 2018 1:46 PTG

Memang mudah dgn adanya online ni.

Reply
avatar
14 Mei 2018 1:47 PTG

Senang je kan? bagi yng belum buat tu..harap membantu

Reply
avatar
14 Mei 2018 1:47 PTG

Simpan sikit2 je, lama2 jadilah bukit! hehe

Reply