Cara Semakan Dan Bayaran Cukai Tanah Negeri Sabah

Advertisemen
Cara Semakan Dan Pembayaran Cukai Tanah Negeri Sabah. Beberapa minggu yang lepas, saya menjalankan urusan untuk pengesahan salinan Geran Tanah di Jabatan Tanah Dan Ukur, Kudat. Salinan geran tanah ini perlu disahkan untuk pengisian bantuan musim tengkujuh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan mengisi Borang Pertubuhan Peladang untuk bantuan juga.

Walaupun tiada sebarang urusan lain yang melibatkan geran tanah, adalah menjadi kewajipan setiap pemilik tanah dibawah Sabah Land Ordinance 68 untuk membayar Quit Rent atau Cukai Tanah. Pembayaran boleh dibuat melalui kaunter Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah atau Pejabat Tanah Ukur Daerah dan pembayaran cukai tanah juga boleh dilakukan secara atas talian (online).


Cara Semakan Bayaran Dan Tunggakan Cukai Tanah


Semakan hanya boleh dilakukan oleh pemilik tanah yang mempunyai Nombor Geran sahaja. Pemilik tanah yang hanya ada LA (Land Application) atau Permohonan Tanah (PT) tidak akan dapat menyemak, malah bayar cukai pun belum layak lagi, tunggu lah geran tanah anda diluluskan barulah mula membayar Cukai Tanah setiap tahun.

Cara untuk semak tunggakan bayaran cukai tanah untuk Negeri Sabah adalah dengan beberapa langkah mudah ini..



Langkah 2 - Masukkan Title No/No Geran Tanah. Kemudian, klik Proceed


Langkah 3 - Laporan dan maklumat tunggakan akan terpapar. Kalau dah bayar, jumlah perlu dibayar tu jadi RM0 lah!


Cara Bayar Cukai Tanah Negeri Sabah


Saya pasti setiap daerah menggunakan cara yang sama. Bayar di kaunter Pejabat Tanah Ukur Daerah adalah pembayaran selamat dan lebih baik. Tetapi jika anda sibuk dan tak dapat bayar dikaunter, anda boleh buat bayaran secara online.

Cara untuk membuat bayaran Cukai Tanah..



Langkah  1 - Pergi ke kaunter Hasil Tanah (Land Revenue)
Langkah 2 - Bagi nombor geran tanah atau berikan salinan geran atau yang original untuk pengesahan nombor geran
Langkah 3 - Bayar jumlah Cukai Tanah yang dinyatakan dan tunggu resit diserahkan

Selesai! Mudah saja kan?

Cukai Tanah selesai untuk pembayaran..saya bayar untuk tanah ini untuk 2 tahun sekaligus. Inilah resit asal pembayaran Cukai Tanah Negeri Sabah yang telah saya terima selepas membayar cukai tanah sebanyak RM9.80 untuk 2 tahun. Bayaran ini untuk keluasan tanah 3.943 hektar (jumlah bayaran dinyatakan dalam geran).


Ada tanah tapi belum bayar cukai tanah?

Inilah peluang anda untuk membayar, jangan sampai sudah beratus-ratus atau beribu-ribu ringgit baru nak bayar. Siapa yang terbeban? anda jugak kan!

Semoga perkongsian Cara Semakan Dan Bayaran Cukai Tanah Negeri Sabah ini membantu menjawap persoalan anda tentang cara semak tunggakan cukai tanah, cara semak cukai tanah sabah,  dan cara bayar cukai tanah di sabah.

Advertisemen

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
© Copyright 2017 Elih Japahar - All Rights Reserved - Created By BLAGIOKE Diberdayakan oleh Blogger