Cara Tuntut Dekoder MYTV Percuma

Advertisemen
Dekoder MYTV Percuma ni rasanya dah masuk tahun ketiga untuk pengagihan, sejak tahun 2016 lagi. Ramai yang berminat untuk mendapatkan dekoder MYTV ni, tetapi ramai yang merungut kerana tidak terpilih sebagai penerima dekoder MYTV percuma.

Persoalannya, siapa yang layak dapat dekoder ni?

Penerima Unit Dekoder Percuma dipilih dari kalangan penerima terbawah dalam senarai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 dan beralamat di kawasan liputan myFreeview. 

Sekali lagi diulang, "penerima terbawah dalam senarai BR1M"..

Maksudnya, anda mestilah penerima BR1M kategori 3 iaitu isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 kebawah yang kini layak menerima RM1,200 pada tahun 2018 ini.


Cara Menuntut Dekoder MYTV Percuma


Ramai yang hantar email dengan saya, mereka bagitau yang mereka berjaya terpilih dapat dekoder MYTV percuma ni tetapi sampai sekarang dekoder tak sampai-sampai..siap marah lagi..hurrmm..

Cara Tuntut Dekoder MYTV Percuma

Seperti yang saya terangkan dalam blog post sebelum ni, dekoder percuma ini akan dihantar ke alamat sama dalam permohonan BR1M anda tu. Pengeposan ke alamat akan dilakukan secara berperingkat-peringkat, jadi anda kena sabar.

Nak sabar sampai bila nak tunggu?

Sebelum anda nak marah, sila semak dulu liputan siaran MYTV di kawasan anda. Kalau pihak MYTV Broadcasting hantar dekoder tu sekarang, boleh guna tak? kalau kawasan anda tiada menara pemancar lagi, maka tak ada alasan anda nak minta dekoder tu cepat-cepat..


Cara Semak Liputan Siaran MYTV Di Malaysia


Macam mana nak tahu kawasan anda ada liputan siaran MYTV?

Cara untuk semak liputan siaran adalah melayari http://mytvbroadcasting.my/liputansiaran.html

Cara Tuntut Dekoder MYTV Percuma

Setakat ini, terdapat 24 pemancar utama telah dipasang di seluruh negara. Dan, terdapat 36 pemancar uatam lagi yang akan dipasang, melengkapkan keperluan sebanyak 60 pemancar utama dan 40 gap filters.

Adakah kawasan anda terdapat liputan siaran?

Kalau tak ada, sila semak dari masa ke semasa liputan siaran melalui link yang saya berikan diatas. Map tersebut akan dikemaskini selepas pemancar telah siap dibina atau dipasang.


Tak Berjaya Tapi Nak Beli Dekoder MYTV Advance


Boleh..

Sekiranya anda tidak tersenarai sebagai penerima terpilih Dekoder MYTV Percuma ini, anda boleh membuat pembelian Dekoder MYTV Advance di Wakil Penjual setiap negeri.

MYTV Advance kini di pasaran!

Menonton TV kini suatu pengalaman baru dengan Siaran Digital myFreeview, perkhidmatan TV digital bertaraf dunia oleh MYTV. Dapatkan dekoder anda sekarang dari wakil penjual berdekatan anda. 

Cara Tuntut Dekoder MYTV Percuma

  1. RRP: RM 199 termasuk GST 
  2. Caj pemasangan antena adalah RM180.00
  3. Perkhidmatan penyelenggaraan akan dicaj minimum RM50.00
  4. Waranty pemasangan adalah 7 hari terhadap syarikat pemasang
  5. Pembelian boleh dilakukan di https://shop.mytvbroadcasting.my/

Bagaimanakah saya ingin mengetahui sama ada saya salah seorang penerima yang terpilih? Anda boleh menyemak melalui kaedah-kaedah berikut:

  1. Laman web MYTV: www.mytvbroadcasting.my
  2. Pusat Khidmat Pelanggan MYTV 1300 80 6988.
  3. Semakan mySMS 15888:
  4. Untuk menyemak, taip MYTV [jarak] DEKODER [jarak] NoKP & SMS ke 15888 Contoh: MYTV DEKODER 800112045378

Semoga perkongsian ini menjawab segala persoalan kenapa dekoder mytv tak sampai-sampai, cara nak tuntut dekoder mytv, cara semak mytv dan sebagainya. 

Advertisemen

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
© Copyright 2017 Elih Japahar - All Rights Reserved - Created By BLAGIOKE Diberdayakan oleh Blogger