Permohonan Kursus Separuh Masa Pendawaian Elektrik Di ILP Kota Kinabalu

Advertisemen
Permohonan Separuh Masa Pendawaian Elektrik Di ILP Kota Kinabalu.  Institut Latihan Perindustrian (ILP) merupakan sebuah Institusi Latihan dibawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. Tujuan utama institusi ini ditubuhkan adalah untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir. Disamping itu juga, Kerajaan ingin memberi peluang kepada lepasan sekolah memperolehi kemahiran melalui Latihan Kemahiran. Dalam usaha melahirkan pekerja yang mahir, ILP juga menjalinkan kerjsama dengan industri meninggikan tahap kemahiran pekerja-pekerjanya dengan Latihan Peningkatan Kemahiran.

Permohonan Kursus Separuh Masa Pendawaian Elektrik Di ILP Kota Kinabalu


Kursus Dan Program Yang Ditawarkan Di ILP KK

Terdapat 2 kategori program/kursus latihan yang anda boleh mohon di Institut Latihan Perindustrian (ILP) iaitu:-

  1. Kursus Sepenuh Masa
  2. Kursus Separuh Masa

Kursus Sepenuh Masa di ILP biasanya untuk Lepasan SPM. Pelajar yang mengambil kursus sepenuh masa akan menjalani latihan selama 2 tahun 3 bulan (termasuk On Job Training, OJT).

Cara untuk memohon Kursus/Program Sepenuh Masa boleh rujuk sini - Cara Mohon


Permohonan Kursus Separuh Masa Pendawaian Elektrik/Wiring Di ILP Kota Kinabalu

Berbeza dengan kursus/program sepenuh masa dimana permohonan kursus melalui permohonan UPU. Namun, untuk mohon kursus separuh masa atau part time course, anda perlu memohon melalui laman web ilp berkenaan atau menghubungi PIC kursus berkenaan.

Pengenalan
  1. Kursus separuh masa akan dijalankan pada setiap hujung minggu iaitu hari Sabtu dan Ahad selama 6 bulan.
  2. Pengambilan akan dibuat sebanyak dua(2) kali setahun iaitu bulan Januari dan Julai setiap tahun.
  3. Calon yang berminat boleh mengisi Borang Permohonan Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Elektrik Suruhanjaya Tenaga (ST(PE) 1 Pind. 4/2007) yang boleh didapati di Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu atau muat turun di www.st.gov.my
  4. Borang yang lengkap diisi hendaklah dihatar bersama-sama dokumen-dokumen seperti yang dinyatakan didalam syarat-syarat permohonan.
  5. Borang dan dokumen hendaklah dihantar ke pihak kami (ILPKK) selewat-lewatnya satu (1) bulan sebelum sesi pengambilan.

Kursus Separuh Masa Yang Ditawarkan

Untuk kursus separuh masa/part time di ILPKK ini, terdapat 3 kursus yang ditawarkan. Pengambilan akan dibuat pada bulan Januari dan Julai setiap tahun.

  1. Pendawaian Elektrik 1 Fasa & Endorsan Pengujian (PW2)
  2. Pendawaian Elektrik 3 Fasa & Endorsan Pengujian (PW4)
  3. Penjaga Jentera Elektrik (A0)

Kelayakan Dan Dokumen Untuk Permohonan

Jika anda berminat menjalani kursus separuh masa Pendawaian Elektrik / Wiring ini. Pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Dokumen yang perlu disertakan bersama borang permohonan juga perlu dilengkapkan. 

Berikut adalah kelayakan asas dan dokumentasi yang diperlukan:-

Permohonan Kursus Separuh Masa Pendawaian Elektrik Di ILP Kota Kinabalu


Pendawaian Elektrik 1 Fasa (PW2)

  • Kelayakan Asas
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun keatas
  • Tamat Tingkatan 5/SPM
  • Boleh bertutur Bahasa Kebangsaan
  • Pengalaman 2 tahun berkaitan pendawaian
  • Mempunyai penyata KWSP/SOCSO
  • Mempunyai  Buku Log yang lengkap
  • Mempunyai Surat Pengesahan Majikan
  • Majikan haruslah ClassD keatas dan berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (ST)

Dokumen Yang Diperlukan 
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan SPM atau Sijil Berhenti Tingkatan 5
  • Salinan Penyata KWSP/SOCSO
  • Surat Pengesahan Majikan
  • Gambar berukuran passport 1 keping

Yuran Kursus: RM1800
Yuran Exam ST: RM140

Pendawaian Elektrik 3 Fasa (PW4)

  • Kelayakan Asas
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun keatas
  • Tamat Tingkatan 5/SPM
  • Boleh bertutur Bahasa Kebangsaan
  • Pengalaman berkaitan pendawaian
  • Mempunyai penyata KWSP/SOCSO
  • Mempunyai  Buku Log yang lengkap
  • Mempunyai Surat Pengesahan Majikan
  • Perakuan Pendawai (PW2) sedia ada perlu berdaftar dengan ST tidak kurang dari 1 tahun

Dokumen Yang Diperlukan 
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan SPM atau Sijil Berhenti Tingkatan 5
  • Salinan Penyata KWSP/SOCSO
  • Surat Pengesahan Majikan
  • Gambar berukuran passport 1 keping
  • Bukti pendaftaran sijil PW2 dengan ST (resit Bayaran)

Yuran Kursus: RM2500
Yuran Exam ST: RM140

Penjaga Jentera Elektrik (A0)

  • Kelayakan Asas
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 20 tahun keatas
  • Tamat Tingkatan 5/SPM
  • Boleh bertutur Bahasa Kebangsaan
  • Pengalaman 3 tahun berkaitan pendawaian
  • Mempunyai penyata KWSP/SOCSO
  • Mempunyai  Buku Log yang lengkap
  • Mempunyai Surat Pengesahan Majikan

Dokumen Yang Diperlukan 
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan SPM atau Sijil Berhenti Tingkatan 5
  • Salinan Penyata KWSP/SOCSO
  • Surat Pengesahan Majikan
  • Gambar berukuran passport 1 keping

Yuran Kursus: RM2800
Yuran Exam ST: RM140

Baca juga - Cara Mudah Buat Gambar Passport Secara Online

Peluang Kerjaya ?

Sesiapa yang berjaya mendapat Perakuan Kekompetenan Elektrik Suruhanjaya Tenaga (ST) akan berpeluang mendapat projek pendawaian bangunan diluar sana atau sebagai kontraktor dibawah Suruhanjaya Tenaga Malaysia.

Sudah berpengalaman dan mahu menjalankan perniagaan sendiri? mungkin inilah masanya anda mendapatkan Perakuan Sah dari ST untuk perniagaan anda. Untuk pendawaian elektrik atau wiring, peluang menjana pendapatan sudah terbentang luas diluar sana. Nak buat atau tidak saja! 

Buat keputusan sekarang, dan buat permohonan segera.


Cara Mohon Kursus Separuh Masa Di ILP Kota Kinabalu

Jika anda berminat untuk mengambil kursus separuh masa pendawaian elektrik PW2, PW4 dan A0 ini. Anda boleh datang ke Pejabat ILP Kota Kinabalu, Sabah yang beralamat seperti dibawah:-

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KOTA KINABALU
Jalan 3, KKIP Selatan,
88460 Kota Kinabalu,
Sabah.

Website: http://www.ilpkk.gov.my

Tel: 088-499825/498153
Fax: 088499851/498154

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai borang dan cara permohonan kursus/program, hubungi PIC program ini..

Encik Wilson 
Tel:013-8749461


Semoga berjaya!

Advertisemen

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
© Copyright 2017 Elih Japahar - All Rights Reserved - Created By BLAGIOKE Diberdayakan oleh Blogger