Khamis, 8 Februari 2018

Sheron Tan Tampil Dengan Video Cover Tak Tun Tuang Sabahan Style Dalam 4 Bahasa

Ramai warga Sabah yang berbakat dalam nyanyian dan lakonan, namun ramai yang berkarya lebih tertumpu kepada pasaran tempatan sahaja. Bagi orang Sabah, penyanyi tempatan yang ada sekarang memang semua orang kenal. Buka saja Radio Kupi-Kupi FM di frekuensi 96.30 pasti banyak lagu tempatan dalam Bahasa Kadazan, Dusun, Murut, Rungus, Bajau, dan sebagainya diputarkan.

Sheron Tan Tampil Dengan Video Cover Tak Tun Tuang Sabahan Style Dalam 4 Bahasa

Kali ini, kita berkenalan dengan seorang gadis ceria anak kelahiran Sabah yang berketurunan Cina dan Rungus, iaitu Sheron Tan. Sheron Tan kini bekerja sebagai jururawat di Singapura dan berumur 23 tahun. 

Penyanyi balada yang viral di laman sosial ini fasih menyanyi dalam pelbagai Bahasa iaitu Kadazandusun, Inggeris, Cina dan Bahasa Melayu. Sebahagian besar lagunya digubah oleh ibunya sendiri dengan menggabungkan budaya Kadazandusun dan Cina.

Sheron Tan Tampil Dengan Video Cover Tak Tun Tuang Sabahan Style Dalam 4 Bahasa

Antara lagu yang dinyanyikan Sheron Tan adalah Bye Bye Ama, I Love Sabah, Monotos Oku, Nung Haro Ginawo Nu dan lagu cover terbaru yang sedang viral di laman sosial sekarang ini adalah Tak Tun Tuang (Upiak) dengan gaya nyanyian Sabah versi empat Bahasa yang digabungkan iaitu Bahasa Melayu, Kadazan, Cina dan Inggeris.

Satu Malaysia boleh suka suka lagu ni..hehe..


Video klip Cover Tak Tun Tuang ini menampakkan karekter Sheron Tan yang sangat periang dan ceria. Hari keempat video ini diupload di youtube, sudah ditonton lebih 11 ribu kali. Diharapkan, Sheron Tan akan muncul dengan album baru yang akan lebih wow! dimasa akan datang. 

Sempena Chinese New Year tak lama lagi ni, bolehlah Sheron Tan buat lagu CNY pula hehe..

Follow Sheron Tan untuk tidak terlepas perkembangan dan lagu terbarunya, korang boleh follow di:-

Youtube Channel - Sheron Tan
Instagram - Sheron Tan
Facebook - Sheron Tan

Kongsikan Artikel Ini

Artikel Berkaitan

Sheron Tan Tampil Dengan Video Cover Tak Tun Tuang Sabahan Style Dalam 4 Bahasa
4/ 5
Oleh

2 Comments

Tulis Comments
avatar
9 Februari 2018 9:19 PTG

menarik.

suara pun sedap.

rupa pun cantik.

kalau jadi awek memang cun giler

Reply