Jawatan Kosong Pembantu Operasi N11 Dan Pembantu Awam H11 - 219 Kekosongan

Advertisemen
Jawatan Kosong Pembantu Operasi N11 Dan Pembantu Awam H11. Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) akan menjalankan urusan pengisian jawatan kosong bagi beberapa kekosongan mengikut kementerian.

Individu yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut adalah diutamakan:
  1. Mempunyai keterampilan yang baik
  2. Mempunyai semangat yang tinggi bekerja dalam kumpulan
  3. Mempunyai bakat kepimpinan
  4. Mempunyai jati diri yang cemerlang
  5. Mempunyai kelayakan/profesionalisme yang sesuai dengan jawatan


Jawatan Kosong Pembantu Operasi N11 Dan Pembantu Awam H11


Jawatan dalam kumpulan pelaksana ini banyak diperlukan di jabatan-jabatan kerajaan. Anda yang berkelayakan sangat dialu-alukan memohon jawatan ini. Antara kekosongan untuk diisi pada bulan April 2018 ini adalah:

Jawatan 1

Jawatan : Pembantu Operasi Gred N11
Kementerian/Jabatan: Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia
Kekosongan: 111 
Tarikh Tutup Permohonan: 15 April 2018

Jawatan 2

Jawatan : Pembantu Awam Gred H11
Kementerian/Jabatan: Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia
Kekosongan: 108
Tarikh Tutup Permohonan: 22 April 2018

Cara Permohonan Jawatan

Anda boleh membuat permohonan sepanjang masa. Namun, jika anda hendak ditapis untuk temuduga pada bulan April ini, anda perlu mengemukakan permohonan melalui laman web www.spa.gov.my sebelum 11:59 malam pada tarikh tutup berkenaan.

Sekiranya anda telah memohon jawatan diatas, permohonan semula tidak diperlukan. Walaubagaimanapun anda perlu memastikan permohonan anda masih dalam tempoh sah 1 tahun.

Panduan Temuduga


Persaingan untuk berjaya dalam temuduga SPA memang sengit. Jawatan hanya ratusan, tetapi yang ditapis menghadiri temuduga biasanya puluhan ribu diseluruh Malaysia. Persediaan amatlah diperlukan jika anda mahukan kejayaan dalam sesi temuduga nanti.

Saya cadangkan anda membaca panduan temuduga kerja kerajaan ini untuk persediaan maksimum anda nanti.

Baca - Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Dengan Cemerlang

Semoga berjaya :)

Advertisemen

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
© Copyright 2017 Elih Japahar - All Rights Reserved - Created By BLAGIOKE Diberdayakan oleh Blogger