Rabu, 6 Jun 2018

5 Jenis Gadget Untuk Hadiah Sempena Hari Bapa Tahun Ini

5 Jenis Gadget Untuk Hadiah Sempena Hari Bapa Tahun Ini. Hari Ibu dah berlalu. Namun, bagi kita tak kisahlah hari ibu atau tidak kewajipan kita sebagai anak haruslah sentiasa menyayangi ibu bapa kita tak kira masa. Sambuatn ini adalah demi menghargai pengorbanan ibubapa seluruh dunia dalam membesarkan kita.

5 Jenis Gadget Untuk Hadiah Sempena Hari Bapa Tahun Ini

Hari ibu, adalah pada 13 Mei 2018. Bila pula hari bapa?

Bagi yang tak pasti, tarikh sambutan Hari Bapa atau Father’s Day adalah jatuh pada 17 Jun 2018 bersamaan dengan hari Ahad sehari selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. 

Adakah anda tengah mencari sesuatu untuk dihadiahkan kepada Ayah kesayangan anda? Hari bapa tinggal seminggu lebih lagi, jika anda masih dalam dilemma untuk memilih hadiah yang sesuai, disini saya nak kongsikan dengan anda 5 jenis hadiah yang mungkin menggembirakan Ayah korang..

#1 – Kamera Kereta

5 Jenis Gadget Untuk Hadiah Sempena Hari Bapa Tahun Ini

Sekiranya Ayah korang mempunyai kereta dan minat memasang aksesori didalam kereta. Kamera adalah gadget paling sesuai untuk bapa korang. Disamping untuk aksesori tambahan, ia juga untuk keselamatan kereta dan merakam kejadian yang ada dihadapan atau dibelakng kereta nanti.

#2 – Jam Tangan Pintar (Smartwatch)

5 Jenis Gadget Untuk Hadiah Sempena Hari Bapa Tahun Ini

Teknologi sekarang dah canggih. Banyak model jam tangan pintar yang boleh gaya tidur, mengira jumlah langkah setiap hari, heart rate/degupan jantung atau nadi dan sebagainya. Dengan adanya Smartwatch ini, kesihatan bapa korang sentiasa boleh dipantau. Disamping tu, Smartwatch juga boleh digunakan untuk menerima panggilan daripada telefon dan menghantar mesej. Memang harga agak mahal, tetapi ada juga jenama Smartwatch yang lebih murah misalnya Xiaomi dan Fitbit.

#3 – Tablet

5 Jenis Gadget Untuk Hadiah Sempena Hari Bapa Tahun Ini

Jika Ayah korang seorang yang kuat bekerja. Gadget yang sesuai untuk dia adalah tablet. Tablet lebih ringan untuk dibawa kemana-mana berbanding laptop yang berat. Dimasa lapang, dia juga boleh menonton filem online di tablet, dengan hanya download dan langgan iflix, Netflix atau Dimsum.


#4 Blue-Ray Player

5 Jenis Gadget Untuk Hadiah Sempena Hari Bapa Tahun Ini

Kalau Ayah korang suka rebut remote control Tv tu memang tak senang duduk lah korang tengok drama ‘Nur’ tu haha. Belikan Ayah korang sebuah Blue-Ray Player dan pasang di ruang tamu. Dengan bunyi yang sedap dan jelas, pasti dia tak akan kacau remote tv tu lagi. Lagipun, Blue-Ray Player ni sesuai untuk flat screen LED TV.

#5 – Wireless Charger

5 Jenis Gadget Untuk Hadiah Sempena Hari Bapa Tahun Ini

Kita tak akan selesa kalau bateri handphone ‘kong’. Apalagi kalau ada bisnes online yang berurusan hanya di telefon bimbit. Wireless charger membolehkan Ayah kita mengecas hp didalam kereta tanpa gunakan wayar yang berserabut dalam kereta. Dengan design yang banyak sekarang ini, wireless charger boleh dibawa dengan mudah dan senang digunakan.


Kesemua gadget ini boleh dibeli di laman web seperti dibawah:

  1. Lazada
  2. 11street
  3. Shopee
  4. SGShop
  5. SenHeng
  6. Cameralah
  7. PTT Outdoor


Dan, banyak lagi…

Ada banyak lagi hadiah yang boleh gembirakan bapa kita. Tetapi, ianya banyak bergantung dengan minat dan hobi utama mereka. Ada yang suka memancing, maka hadiahkanlah Set Casting, Reel atau Rod yang diidam-idamkannya. Jika minat bermain bola, maka belikanlah kasut yang sesuai untuk dia. 

Saya pasti korang dah faham hobi dan minat Ayah korang kan? Cadangan gadget ini mungkin boleh membantu anda juga.

Apa Komentarmu