Post Top Ad

Post Top Ad

Memaparkan catatan dengan label Panduan Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Panduan Blogger. Papar semua catatan
7:00:00 PG

Tidak Pasti Jangan Kongsi - Sebenarnya.My

Ramai yang bersikap tidak endah dengan penularan mesej berantai dan penyebaran berita palsu melalui media sosial, samaada melalui Facebook, Twitter ataupun Whatapps. Penyebaran mesej yang tidak diketahui kesasihannya berkemungkinan boleh menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara.

Tahukah anda? terdapat satu laman web yang direka khas oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memudahkan rakyat Malaysia menyemak dan melaporkan berita yang tidak diketahui kesasihannya. Laman web ini telah wujud sejak tahun 2010, banyak berita-berita palsu yang dipaparkan disini yang di sahkan sebagai PALSU.

Tidak Pasti Jangan Kongsi - Sebenarnya.My

Laman web yang saya maksudkan adalah sebenarnya.my


Tidak Pasti Jangan Kongsi - Sebenarnya.My

Dengan berslogankan, "Tidak Pasti Jangan Kongsi"..sebenarnya.my mempunyai 2 peranan:-

#1 - Memaparkan berita-berita PALSU
#2 - Menerima aduan

Disebabkan keghairahan menggunakan media sosial, kadang-kadang kita terlupa dengan isu-isu ini. Nak share berita mudah saja, tetapi jika tersebar berita yang palsu, amat berat hukumannya. Nak tahu apa kesalahan yang boleh dikenakan jika didapati menyebarkan berita palsu ini?

Sekiranya dikesan melakukan perbuatan samada membuat, mewujudkan dan memulakan penghantaran, berkongsi atau repost apa juga kenyataan yang palsu, anda boleh didakwa mengikut Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (Akta 588), Akta Hasutan 1948 serta undang-undang lain yang berkaitan.

Jangan mudah terpengaruh dengan berita yang disebarkan jika tidak tahu kesasihannya. Salurkan kepada Sebenarnya.my dan tunggu pengesahan daripada SKMM mengenai isu tersebut. Sekiranya berita itu sahih dan baru lah kita boleh menyebarkannya, jika palsu? tak ada maknanya nak share lagi..cepat-cepat hapuskan berita atau mesej berkenaan.

Kita semua berhak untuk menyalurkan berita-berita yang menular di media sosial, kalau bukan kita siapa lagi kan?....

Hantar aduan kepada sebenarnya.my sekiranya menerima berita dan mesej berantai yang meragukan demi menjaga kesejahteraan, keselamatan dan kedaulatan negara kita yang tercinta ini.

12:17:00 PG

Belajar Buat Blog Dengan Mudah

Belajar Buat Blog Dengan Mudah | Belajar buat blog memang mudah, tetapi nak buat blog yang bertahan lama dan berjaya bukan mudah! Itulah hakikat yang perlu kita terima, bukan semua blogger di dunia ini berjaya. Ada yang putus ditengah jalan kerana masalah hilang MINAT dan MASA untuk me'maintain'kan penulisan dalam blog mereka.

Belajar Buat Blog Dengan Mudah
Blog Elih Japahar | Sumber Gambar Laptop
Belajar buat blog pada masa kini bukan lagi seperti dulu, jika anda cari di enjin carian Google, banyak blogger-blogger otai yang bertahun-tahun, malah puluhan tahun berkecimpung dalam dunia blogging berkongsikan panduan membuat blog. Bergurukan artikel tersebut mungkin berkesan, tetapi ada panduan yang lebih baik mungkin anda boleh dapatkan untuk belajar buat blog dengan mudah.


Pengalaman Buat Blog Sendiri


Serius, saya buat blog atas usaha sendiri. Google search adalah guru terbaik sepanjang aktiviti TRY & ERROR membina blog pada tahun 2011 lalu. Usaha mengekalkan blog pada masa itu gagal kerana komitmen terhadap kerja dan kekangan masa yang terlalu singkat. Saya terpaksa memadam blog tersebut pada tahun 2012 tanpa meninggalkan sisa-sisa artikel yang ada. Saya memang dah pasrah, biarpun minat blogging masih ada 'kurelakan jua walau terpaksa'.

Namun, pada Jun 2016 saya nekad buat blog semula dengan tujuan hanya satu iaitu Menjana Pendapatan Sampingan Dengan Blog! Saya rasa bersyukur kerana seawal bulan Julai 2016, sebulan selepas buat blog baru [ Elih Japahar ], blog ini berjaya menjana pendapatan sampingan melalui Affiliate klikjer dan Tim Infokerjaya. Selain itu juga, berjaya menjana komisen setiap bulan secara konsisten dan memenangi beberapa kontest SEO.

Menang Hadiah Saguhati Artikel Terbaik - Minyak Herba Asmak - [ Baca ]
Menang Hadiah Tempat Ke-3 Kategori SEO - Bedak Asmak - [ Baca ]
Menang Hadiah Tempat Ke-5 Kategori SEO - Contest iLancee - [ Baca ]

Dan,

Blog ini masih dalam proses melakar sejarahnya tersendiri..


Tip Penulisan Blog 


Orang kata, 'Content Is King' dan 'Backlink Is Queen'. Setuju tak? 

Memang betul, penulisan menggunakan teknik SEO adalah teknik pemasaran atau pengiklanan yang memang terbukti dan akan terus memberi pulangan yang sangat baik. Enjin carian suka blog kita sebab content yang kita tuliskan dengan kualiti yang terbaik, maksudnya penulisan yang 'original' bukan 'copy & paste' dari sumber lain.

Traffic Is Queen?? pada pendapat saya, backlink adalah queen sebab kombinasi antara content dan backlink akan menghasilkan trafik yang baik untuk blog. Dan, blog yang menggunakan pengiklanan Adsense, Innity, Adnow, Mobicow, Nuffnang dan lain-lain lagi memerlukan trafik yang tinggi bagi menghasilkan klik dan conversion yang boleh meningkatkan pendapatan blog.

Belajar buat blog dengan mudah bukan bererti selesai buat blog terus boleh buat duit yaa, tanggapan itu salah. Cara penulisan haruslah diutamakan, berbanding trafik.

Nasihat saya buat blogger baru, yang baru nak buat blog tu..ingat beberapa perkara penting ini sebelum buat blog..
  1. Etika Sebagai Blogger - Anda bertanggungjawab dengan apa yang anda tulis. Penyebaran maklumat mengenai artis, politik, dan isu semasa yang melibatkan peribadi seseorang harus diambil dari sumber yang sahih. Elakkan salin dan tampal (copy & paste) saja tanpa sebarang kesahihan maklumat. 
  2. Keghairahan Mengejar Trafik Tinggi - Relaks, jangan terburu-buru. Ada blogger hebat hanya dikenali ramai selepas 2 hingga 3 tahun kemudian. Blog anda yang baru mustahil untuk dapat trafik tinggi mencanak dalam masa singkat (kecuali blog politik dan gosip). Trafik akan naik bila content penulisan anda berkualiti, percayalah. Keghairahan mengejar trafik ini akan menyebabkan anda melakukan kesilapan 'copy & paste'. Cara yang betul adalah mengolah artikel sendiri tanpa lari daripada topik isu semasa tersebut.
  3. Betulkan Niat - Belajar buat blog adalah mudah, tetapi untuk bertahan lama, agak susah. Jika niat hanya nak cari popularity, korang jadilah artis ye jangan jadi blogger. Ramai dah yang masuk court sebab penulisan yang tak beretika. Kalau niat blogging nak buat duit online, joinlah banyak mana pun program affiliate, duit masuk akaun ja tiap bulan. Tak ada orang nak marah, promote ja link affiliate ikut cara korang.
  4. Try & Error - Buat blog ni kena lah pandai guna laptop, smartphone atau desktop. Banyak koding yang perlu anda buat sendiri, ada juga yang boelh dibuat oleh orang lain (berbayar). Untuk lebih jimat dan pembelajaran, anda perlu belajar sendiri untuk setting blog. Bukan setakat itu, penulisan juga kadang-kadang kena cuba pelbagaikan cara, buat secara berperenggan, letak nombor untuk setiap point, letak gambar untuk lebih menarik. 
Fahami betul-betul apa tujuan anda nak buat blog! adakah anda mahu belajar buat blog kerana..
  1. Suka-suka untuk mengisi masa lapang - peribadi
  2. Hobi dan minat - peribadi
  3. Bisnes - ejen dropship, stokis, jual barang borong, perkhidmatan dll.
  4. Persatuan/kumpulan/organisasi 
  5. Mahu menjana pendapatan sampingan dengan blog - affiliate
Saya percaya, ramai blogger yang mahu blogging kerana suka-suka. Namun, ianya menjadi serius selepas berjaya ditawarkan dan dilamar advertiser dengan bayaran tertentu. Malah, berjaya menjana duit dengan affiliate.


Belajar Buat Blog Dengan Mudah 


Kali ini, saya mahu kongsikan dengan anda satu Ebook panduan untuk Belajar Buat Blog. Anda tak perlu cari di google lagi berkaitan panduan dan cara belajar buat blog kerana Tuan Muhamad Anuar Marsib ada menyediakan penduan ini khas untuk anda yang baru belajar buat blog.

Ebook ini bukan setakat buat blog tetapi turut menerangkan kepada anda tentang beberapa topik hebat, seperti dibawah:
  • Bab 1 : Nak Buat Blog Tentang Apa?
  • Bab 2 : Langkah-Langkah Buat Blog dengan Blogspot
  • Bab 3 : SEO Nadi Kekuatan Blog
  • Bab 4 : Buat Duit Dengan Blog
  • Bab 5 : Rahsia Buat Duit Dengan Affiliate
  • Bab 6 : Rahsia Buat Duit Melebihi 4 Angka Di Internet
  • Bab 7 : Rumusan Dan Penutup
Jika anda mahu belajar buat blog dengan mudah, ebook inilah panduan terbaik untuk anda. Dengan adanya panduan Belajar Buat Blog ini, anda akan sentiasa dilandasan yang betul bermula dari pemilihan niche blog sehingga rahsia buat duit melebihi 4 angka di internet. Semua ini akan diterangkan didalam Ebook Belajar Buat Blog.

Contest SEO Belajar Buat Blog

Contest ini turut disertai oleh:


Terima kasih kerana sudi membaca artikel Belajar Buat Blog Dengan Mudah ini. Semoga boleh memberi manfaat kepada anda nanti.

10:01:00 PG

Terima Komisen Klikjer Febuari 2017

Terima Komisen Klikjer Febuari 2017 | Bulan Febuari 2017 merupakan bulan ke lapan saya menyertai affiliate klikjer.com. Berbekalkan sedikit ilmu SEO hasil belajar daripada artikel Mat Salleh dan hasil carian google di Malaysia dan Indonesia, saya berjaya menjana pendapatan melalui affiliate dengan hanya melalui platform blog.

Terima Komisen Klikjer Febuari 2017
Email Notification Jualan Daripada Klikjer

Serius, bulan Febuari ini memang bulan bertuah bagi saya. Target saya pada bulan Febuari adalah menjana pendapatan melalui blog dengan 4 angka. Sesungguhnya rezeki itu Allah yang tentukan! hasrat mencapai 4 angka termakbul dengan beberapa pencapaian baik melalui penulisan dalam blog ini.

Antaranya adalah:
  1. Collaboration - RMXXX
  2. Menang Contest SEO (Tempat Ketiga) - RMXXXX
  3. Affiliate - RMXXX
Bagi sesetengah blogger, mereka tak suka berkongsi tentang income blog mereka namun bagi saya ia adalah perlu untuk menilai tahap pencapaian kita dalam penulisan. Kita semua memberi manfaat kepada orang lain, sebagai hasilnya kita memperoleh komisen duit hasil perkongsian tersebut. 

Terima Komisen Klikjer Febuari 2017
Duit Komisen Telah Dikreditkan Ke Akaun Affiliater

Komisen Affiliate Klikjer sudah pun dimasukkan ke dalam akaun. Komisen ini dimasukkan 2 hari awal daripada tempoh yang diberikan oleh Admin Klikjer, Tuan Mohd Suhaimy a.k.a Shuth. Untuk jualan bulan Febuari, saya hanya berjaya menjual 3 Ebook dan ini bermakna ini adalah jualan yang ke 15, 16 dan 17. Dengan rombakan kadar peratusan komisen yang terkini, saya masih di level 1 iaitu 50%. Target saya lepas ni nak gapai level dewa affiliate klikjer dengan komisen 70%. Perlu merangkak jauh lagi ni..

Ramai yang bertanya tip yang saya gunakan ketika memenangi Contest Seo - Bedak Asmak tu. Saya masih belum berkesempatan untuk menulis entry tersebut, jika diberi kelapangan saya akan menulis sedikit perkongsian untuk korang. 

Buat masa ini, ada 2 Contest SEO yang masih berjalan iaitu Kerja Dari Rumah Dengan iLancee (anjuran Ahmadfaiz.com) dan Belajar Buat Blog (anjuran coretananuar.com). Sesiapa yang nak cuba nasib, bolehlah menyertai contest SEO ni. Tip paling penting, jangan rendah diri bila bersaing dengan blogger lama atau otai, gunakan sepenuhnya teknik seo yang terbaik, biar google tentukan artikel blog mana yang menambat hati dan 'seksi' di enjin carian mereka..hehe.

2:57:00 PTG

Pageview Dan Ranking Alexa Blog Selepas 7 Bulan

Pageview Dan Alexa Ranking Blog Selepas 7 Bulan. Pejam celik, pejam celik, bila tersedar saja dari mimpi blog Elih Japahar ini sudah pun berusia 7 bulan. Blog dan domain ini masih berusia 7 bulan, diibaratkan seorang bayi baru ja pandai senyum dan tertawa manja. Merangkak pun tengah explore lagi, kadang boleh kadang-kadang tak boleh. 

Blog ini ibarat bayi kecil yang perlu dibelai dan dididik agar menjadi anak yang baik bila besar nanti. Bukan mudah menjadi blogger yang boleh bertahan lama, apatahlagi dunia internet ni telalu luas untuk di terokai. Ini adalah sedikit perkembangan dari segi trafik, seo, ranking dan website speed blog Elih selama 7 bulan.

Pageview Dan Ranking Alexa Blog Selepas 7 Bulan
Pageview Tak Menentu, Tapi Puratanya Dalam 3000++ Sehari

Ranking Alexa Elih Jahapar
Alexa Ranking From June 2016 Until Jan 2017

Website speed Elih Japahar
Website Speed Test Guna Pingdom.Com

SEO Score ELih Japahar
SEO Score Guna Chkme.Com

Traffic Source Elih Japahar
Trafific Sources 51.35% Daripada Organic Search & 42.65% Daripada Direct Visit

Referring Sites Elih Japahar
Referring Sites Sepanjang 7 Bulan

Antara kejayaan kecil yang berjaya dicapai blog ini adalah..

  • Menjana pendapatan melalui komisen affiliate Ebook secara konsisten setiap bulan walaupun sedikit.
  • Memenangi hadiah saguhati artikel terbaik Pertandingan SEO - Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd
  • Pernah mendapat review jobs untuk produk dan bisnes beberapa kali.
  • Berjaya menganjurkan giveaway dengan penyertaan yang agak memberangsangkan.


Target saya lepas ni adalah untuk mencapai Pageview 1 Juta..income 4 angka dengan blog..dan  mahu melancong ke Korea Selatan..

Park Shin Hye Kesanganku

Alahai Park Shin Hye..hurmm..

Okaylah, jika anda berminat mahu mendapatkan khidmat review atau sebarang collaboration..sila klik tab Contact Us

Kita bincang sampai jadi yaaa..

Peace yoow!

3:29:00 PTG

Blogger Irda Garmin - Sahabat Terbaik Alam Maya

Betullah kata orang, 'orang berbudi kita berbahasa' tapi ini lain pula ceritanya. Orang berbudi, kita pun turut berbudi tambah lagi dengan bahasa. Hidup saya dikelliling dengan orang yang macam ni, bersyukur sangat dengan anugerah Tuhan ditemukan dengan insan terbaik seperti mereka.

Beberapa bulan yang lepas, saya berkenalan dengan seseorang. Dia adalah salah seorang pemenang giveaway entry bertuah saya pada tahun lepas. Dia juga merupakan seorang blogger separuh masa, ejen coway dan ibu kepada seorang anak lelaki berumur 9 tahun.

Blogger yang saya maksudkan adalah Blogger Irda Garmin. Saya berkesempatan menukar template blog beliau kepada template responsive yang lebih mesra SEO, mobile friendliness dan loading ringan. Berbekalkan sedikit ilmu blogging, saya berjaya menyiapkan installation dan edit template blog Irda Garmin.

Niat saya membantu adalah ikhlas tanpa sebarang bayaran. Saya bukan pakar dalam blogspot, rasanya belum layak untuk dikenakan bayaran. Penolakan saya terhadap pemberian beliau akhirnya gagal, terpaksa juga bagi alamat untuk Irda Garmin poskan 'token' penghargaannya. 

Inilah 'token' penghargaan yang beliau berikan, katanya ini adalah ikhlas disebabkan keikhlasan saya, untuk anak lelaki saya pulak hurmm..

Blogger Irda Garmin - Sahabat Terbaik Alam Maya
Bungkusan dan Sampul?
Blogger Irda Garmin - Sahabat Terbaik Alam Maya
2 Helai Baju dan Sehelai Seluar


Apa yang ada dalam sampul tu? biarlah rahsia ye..yang pastinya bukan surat cinta..haha..

Baju ni sesuai sangat dengan anak lelaki saya, terima kasih Irda Garmin kerana pandai memilih saiz yang sesuai..

Dengan wajah baru blog beliau, elok rasanya korang pergi melawat blog tu sekejap. Sekiranya ada event invitation, review, sponsor post ke? sila hubungi Irda Garmin..

Sahabat terbaik alam maya Irda Garmin
https://irdagarmin.blogspot.my/

Terima kasih. 

10:19:00 PTG

Pageview Dan Ranking Alexa Blog Selepas 4 Bulan

Selepas kembali aktif blogging sejak Jun 2016 lalu, blog Elih ini terus mendapat domain sendiri dengan hasil pembelian dari syarikat penyedia domain hosting terbaik Malaysia iaitu NetKL. Disamping blog Elih Japahar ini, saya juga mempunyai sebuah lagi blog yang agak lama tidak dikemaskini.

Blog Pancing Elih adalah blog khas untuk aktiviti memancing saya. Kebanyakkan tip dan panduan yang dikongsikan hanya berkaitan tentang aktiviti memancing yang saya lakukan di Sabah dan Sarawak. 


Alexa Ranking Blog Selepas 4 Bulan

Alexa Ranking merupakan platform penanda aras blog/website di dunia yang biasa digunakan untuk melihat kepopularan sesebuah blog tersebut. Ianya lebih kepada menarik minat pengiklan atau peniaga menggunakan perkhidmatan blog kita. 

Mungkin anda pernah jumpa blogger yang sentiasa update statistik pengunjung dan pageview blog mereka, harus difahami itu adalah satu silent strategi untuk menarik pengiklan di blog mereka. Bukan nak menunjuk-nunjuk sebenarnya..

So, selama 4 bulan blog ini aktif? berapa alexa rankingnya? 


Blog ini masih agak mentah dan masih terkial-kial mencari tempat di enjin carian google dan enjin carian lainnya. Namun, saya menganggap entry ini adalah permulaan sebagai rujukan dimasa hadapan. Walaupun ini bukanlah penanda aras sebenar, namun saya percaya kesibukan trafik dan kualiti penulisan blog itu akan mempengaruhi ranking sesebuah blog itu.


Pageview Blog Selepas 4 Bulan

Selama 4 bulan, saya dah publish 116 entry, mempunyai 116 followers, sebanyak 624 komen, dan pageview sebanyak 105,425. Nak buat penanda aras? purata pageview setakat ini adalah 26,000 sebulan. 


Bukan mudah untuk menghasilkan entry yang berkualiti dan disukai enjin carian, teknik SEO adalah segalanya-galanya untuk menarik pengunjung organic visitor ke blog ini. Selebihnya, facebook, babab.net, pingje, dan blogged. 

Semoga dengan sedikit suntikan semangat ini boleh menambah mood untuk menghasilkan entry setiap hari..kalau tak pun, 2/3 hari boleh buat 1 entry pun cukuplah, maklumlah ada komitmen lain yang lebih penting..

P/s: Jika ada yang berminat beriklan di blog ini, email terus ke alamat email [ elihjapahar@gmail.com ] dan kita runding sampai jadi..jika perlukan perkhidmatan lebih hebat daripada beriklan, Hero Borneo Team (HBT) adalah penyelesaian bagi anda..

10:24:00 PTG

Cara Masukkan File PDF Dalam Postingan Blog

Cara Masukkan File PDF Dalam Postingan Blog | Menghasilkan artikel yang kemas dan lengkap beserta ayat menggunakan kunci keyword yang mesra seo akan mempercepatkan ranking sesebuah artikel diindex oleh enjin carian. Artikel yang lengkap dengan informasi pastinya memberi faedah kepada pengunjung blog anda.

Kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda bagaimana memasukkan fail PDF kedalam postingan blog agar mudah dibaca oleh pengunjung tanpa printscreen dan menyalin semula ayat dari file PDF tersebut. 

Cara Masukkan File PDF Dalam Postingan Blog

Untuk memasukkan file PDF yang anda kehendaki, ikuti langkah demi langkah yang saya terangkan dibawah ini. Sebelum mula, pastikan anda sudah memuat-turun file PDF tersebut kedalam komputer dan paling penting anda sudah mempunyai akaun Gmail google.

Langkah 1 : Log in ke https://www.google.com/drive/

Langkah 2: Pilih NEW dan klik File Upload (pilih file PDF dari komputer anda)

Langkah 3: Right Click pada file PDF yang telah diupload dan klik Preview kemudian Open New Window

Langkah 4: Klik pada button disebelah gambar profile anda (1), dan pilih Embed Item

Langkah 5: Copy kod HTML seperti dibawah

Langkah 6: Log in ke akaun Blogger anda --> Create New Post -->Pastekan kod HTML diatas kedalam postingan (klik HTML kemudian Paste). Klik semula Compose, dan lihat file PDF akan muncul pada postingan blog anda.

Untuk melihat artikel yang saya pernah publish dan meng'upload'kan file PDF, baca artikel dibawah...


Mudah kan? Ianya sangat memudahkan pengunjung blog anda untuk membaca infomasi yang hendak disampaikan. Cara ini juga boleh digunakan untuk memasukkan file PDF, Powerpoint, dan juga Excel. Ikuti langkah yang sama.

Semoga membantu...

8:58:00 PG

Langkah Pertama Buat Duit Dengan Blog - Nuffnang Malaysia

Langkah Pertama Buat Duit Dengan Blog | Saya percaya blogger yang pada mulanya menceburkan diri dengan dunia blogging hanyalah atas dasar minat menulis dan mengisi masa lapang. Namun, anda pasti terfikir untuk menjana pendapatan sampingan dengan blog. Alang-alang menulis, biar sampai jadi duit ! itulah tagline yang sesuai untuk blogger.

Buat Duit Dengan Pengiklanan Nuffnang Malaysia

Bagi saya, Nuffnang adalah pilihan terbaik untuk blogger newbie atau blogger yang mahu mula buat duit dengan blog. Untuk menjadi Publisher Nuffnang, tiada syarat-syarat susah untuk dipatuhi. Asalkan ada blog dan ada trafik keluar masuk permohonan anda 100% akan diluluskan.


Tahukah anda, terdapat 300,000 blogger di 8 buah negara seperti Singapore, Philipine, Thailand, Indonesia dan lain-lain lagi menjadikan Nuffnang sebagai platform jana pendapatan untuk blog mereka?? kebanyakkan blog yang saya lawati memasang banner iklan Nuffnang untuk menjana duit sampingan di blog mereka. 

Kelebihan Nuffnang Malaysia

Dengan pengiklanan Nuffnang ada banyak kelebihan yang anda perolehi, antaranya adalah:

1. Iklan yang banyak. Nuffnang ada banyak advertiser. Bagi yang berstatus Glitterati, bayaran RM 0.25 untuk setiap klik iklan berbanding RM0.15 untuk status Ordinary(biasa).
2. Kempen Blogbuster. Kempen ini adalah kempen dalam bentuk video yang dihasilkan oleh blogger yang berstatus Glitterati sahaja. Bayaran RM0.50 untuk setiap view video dan RM0.50 untuk klik.
3. Blog Analytic. Blogger boleh melihat sumber trafik, statistic visitor dan page view dan keyword. Memudahkan blogger memantau trafik blog secara sistematik.
4. Blogger berpeluang menyertai contest dan event anjuran Nuffnang.
5. Bayaran minimum adalah RM50 dengan menggunakan kaedah pembayaran Cek.
6. Blogger juga berpeluang menjadi blogger pilihan bulanan yang dipaparkan di laman Nuffnang. Menambah kenalan dan meningkatkan trafik blog.

Banyak juga kelebihan Nuffnang ni kan? ...ternyata Nuffnang masih pilihan yang terbaik untuk blogger..

Untuk pengetahuan anda, ada blogger Malaysia yang pernah mendapat earning Nuffnang sehingga RM30,000 hanya dengan Sponsor Posts dan Ads Nuffnang. Kalau baca entry redmummy ini, memang jeles tengok cek 5 angka tu.

Panduan Tingkatkan Earning Nuffnang

Apakah rahsia untuk menjana Earning Nuffnang? apa yang saya faham dan pernah alami adalah memastikan Unique Visit (UV) blog berada pada tahap maksimum, earning untuk CPUV(cost-per-unique-visit) bergantung kepada trafik blog anda. Manakala, CPC (cost-per-click) hanya menjana pendapatan jika pengunjung klik banner iklan tu.
Contoh CPUV Blog Pancing Elih
Bagi anda yang sudah memasang iklan Nuffnang, pastikan iklan dipasang di tempat yang telah ditetapkan oleh Nuffnang. Kegagalan anda meletakkan iklan mengikut arahan akan menyebabkan kesukaran akaun anda berstatus Glitterati, kalau anda rajin, hantarlah ticket untuk bertanya samada iklan yang anda pasang itu betul atau tidak. 

Untuk menjana income lebih banyak, anda haruslah rajin blogwalking, selalu update blog, cuba kongsikan iklan yang dipaparkan di banner iklan Nuffnang tu sebagai langkah menarik minat pengunjung klik pada iklan tersebut. Ingat! kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya..

Usaha lebih untuk hasil yang lebih baik...betul tak Irda Garmin

Semoga bermanfaat..

3:54:00 PTG

6 Cara Untuk Uji Page Loading Speed Blog Anda

6 Cara Untuk Uji Page Loading Speed Blog Anda | Salah satu halangan utama pengunjung blog kita  untuk membaca artikel yang kita post adalah kecepatan sesuatu blog itu dibuka atau website speed loading.


Faktor ini boleh menyebabkan pengunjung blog kita boleh 'pergi' begitu saja tanpa menunggu blog dibuka sepenuhnya, kalau saya sendiri boleh lagi tunggu 1 minit kot tapi orang lain belum tentu lagi..sebabnya bukan semua orang memiliki kelajuan internet macam anda..

Sentiasa ingat bahawa pengunjung kita mahu membaca artikel dan infomasi yang anda tuliskan, halangan untuk membaca boleh menyebabkan pengunjung 'klik' simbol 'X' di tepi skrin sebelah kanan tu. Untuk mengelakkan perkara itu berlaku, mari uji speed loading website anda disini dan buat improvement segera.

Berikut adalah 7 cara mudah untuk menguji 'speed loading' blog anda. Cadangan penambahbaikan, akan diterangkan oleh laman web ini setelah hasil pengujian selesai di analisis.

1. Pingdom

Pingdom membantu anda menganalisis speed loading blog dengan grade prestasi sekali. Panduan untuk menghasilkan blog yang laju mudah dengan pingdom.

Masukkan URL Blog anda - https://tools.pingdom.com

2. GTmetrix

Dengan menggunakan Google Page Speed dan Yslow, GTmetrix menganalisis page loading speed blog anda dengan cara penambahbaikan sekali memudahkan anda perbaiki mana yang bermasalah.

Masukkan URL Blog anda - https://gtmetrix.com

3. Web Page Test

Menguji page loading speed dengan Web Page Test membolehkan anda memilih lokasi pengujian diserata dunia. Pilihan terbaik!

Masukkan URL Blog anda - https://www.webpagetest.org

4. Web Tool Hub

Webtoolhub membolehkan blog anda diuji dengan pelbagai kelajuan internet dan memaparkan download time blog anda.

Masukkan URL Blog anda - http://www.webtoolhub.com/

5. Monitis

Monitis menguji page loading speed blog anda dari United States, Europe dan Asia/Pasific.

Masukkan URL Blog anda - http://www.monitis.com/

6. Seochat

Seochat ini hampir sama dengan Web Tool Hub cuma yang membezakan adalah advance test terhadap external css, javascripts dan image dalam blog anda.

Masukkan URL Blog anda - http://tools.seochat.com/

Daripada analisis page loading speed yang saya lakukan terhadap blog ini, nampaknya masih banyak yang perlu diperbaiki. Walaupun dulu pernah ada blog dan melalui semua ini tapi bila dah buat blog yang baru yang berusia 2 bulan nampak complicated sangat, pening tengok HTML kod yang tak pandai settle2 errornya.

Misi pertama saya adalah menyelesaikan  "render-blocking javascript' yang mendapat grade F dan E selepas diuji tadi. Ada yang pernah buat tutorial selesaikan masalah ni tak? 

1:34:00 PTG

Cara Tukar Kad ATM/DEBIT Maybank Secara Online

Cara Tukar Kad ATM/DEBIT Maybank Secara Online | Dengan kecanggihan teknologi sekarang ni, banyak perkara kita boleh buat dengan hanya touch screen handphone. Termasuklah menukar Kad ATM atau Kad DEBIT.
Nak melabur saham? - Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan
Untuk perkongsian kali ini, aku nak bagitau dengan korang bagaimana Cara Tukar Kad ATM/DEBIT Maybank Secara Online tanpa pergi ke kaunter cawangan bank tersebut. Caranya amat mudah sekali, ikuti langkah-langkah yang aku bagitau dibawah ni:

Cara Tukar Kad ATM/DEBIT Maybank Melalui Maybank2u

Langkah 1: Log in ke akaun Maybank2u seperti biasa.


Langkah 2: Klik pada gambar Kad ATM/Debit Maybank yang tertera tulisan - Replace your Maybank Debit Card Via M2U.

Langkah 3: Masukkan alamat, contact number dan klik Confirm.


Langkah 4: Berjaya! anda akan dibawah ke paparan seperti diatas. Diingatkan bahawa, permohonan untuk menukar kad Debit secara online akan mengambil masa 14 hari bekerja.
Info Unit Trust - Teknik Menggandakan Keuntungan Pelaburan Unit Amanah
Sangat mudah kan? Kad ATM/Debit lama bolehlah gunting dan buang. Tapi, tunggu kad baru ni sampai dulu takut nanti tak dapat nak keluarkan duit..haha..
Baca - 5 Tip Memilih dan Memohon Kad Kredit Secara Online
Aku punya kad baru dijangka tiba sebelum 7 Ogos 2016 nanti. Korang punya dah tukar ke belum?

3:52:00 PTG

Tutorial Download Video Di Facebook Paling Mudah

Bila nampak video best dekat facebook mesti gatal tangan nak cari video tu di youtube tapi malangnya tajuk video tak sama dengan video yang diupload di facebook.

Jangan risau, saya sudah ada penyelesaiannya. Saya dah boleh download mana-mana video yang viral di facebook, sesuka hati saya..haha..

Korang pun nak download video di facebook jugak kah? saya kongsikan dengan anda cara-cara memasang plugin ini dengan mudah. Ikuti langkah-langkah dibawah:
  • Install SaveFrom.net Helper - Download ( atau Download sini)
  • Pastikan anda guna Google Chrome (sebab guna browser lain saya belum pernah try)
  • Download video terus daripada website SaveFrom.net
  • Selepas install, satu extensions "Tampermonkey" akan keluar di atas tabs Google Chrome. Pastikan button "Enabled" ON dan "SaveFrom.net Helper" juga ON


  •  Selesai, anda sudah boleh download video secara terus daripada Facebook. Klik video yang nak di download, dan button download berwarna HIJAU akan automatik terpapar.


  •  Klik button download HIJAU tu dan pilih format video mana yang anda mahukan. 



  • Berjaya! video yang anda nak tu sedang di download. Save lah dekat mana-mana yang anda nak, 
Sangat mudah kan? semoga tutorial ini membantu anda Download Video dengan mudah secara terus daripada laman Facebook.