Post Top Ad

Post Top Ad

Memaparkan catatan dengan label Panduan Kerja Singapura. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Panduan Kerja Singapura. Papar semua catatan
4:08:00 PTG

Kerja Di Singapura Untuk Cari Rezeki Yang Halal

Kerja Di Singapura Untuk Cari Rezeki Yang Halal | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru saja diumumkan. Hala tuju seterusnya adalah melanjutkan pelajaran di IPTA/IPTS. Namun, sementara menunggu panggilan IPTA/IPTS, ada yang sudah memohon jawatan kosong di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam jawatan peringkat SPM/SVM/SKM.

Kita faham, ada sesetengah keluarga mungkin tidak mampu menampung perbelanjaan anak-anak mereka. Langkah terbaik adalah memohon pekerjaan dalam SPA selepas SPM dan bekerja terlebih dahulu. 

Soal melanjutkan pelajaran boleh diteruskan selepas sudah bekerja, tak ada istilah terlambat untuk ILMU !

Sementara tunggu kerja kerajaan yang tak kunjung tiba lagi (inshaAllah akan tiba masanya), apa kata anda cari kerja sementara yang tak perlu guna Degree/Diploma pun, tapi gaji RM4,500!

Sijil SPM pun sudah memadai...

Kerja Di Singapura Untuk Cari Rezeki Yang Halal


Kerja di Singapura..

Cuba tengok antara tawaran kerja ini yang gajinya antara SGD1,400 - SGD1,800. Jika RM anda darab 3.16, berapa banyak RM tu?

SGD1400 = RM4429 
SGD1800 = RM5694

Ada yang marah kita cadang kerja di Singapura. Sebenarnya bukan kita cadang terus kerja di sana. Apa yang kita cadang adalah..
  • kerja sementara tunggu kerja tetap di Malaysia
  • daripada duduk di rumah belum kerja

Untuk yang serius nak cari rezeki yang halal dengan kerja yang sah di Singapura, terus klik dibawah ini:


Semoga membantu.

9:16:00 PG

4 Kelebihan Bekerja Di Singapura

4 Kelebihan Bekerja Di Singapura | Dengan keadaan ekonomi yang kian meruncing sekarang ni, rakyat seharusnya tidak perlu mengharap untuk mendapat pekerjaan dalam sektor Kerajaan. Semakin hari, semakin ramai graduan IPTA/IPTS yang menghabiskan pengajian. Ini bermakna, Persaingan merebut kekosongan jawatan dalam sektor awam terlalu banyak.


Mungkin Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini boleh membantu anda, tetapi ianya bergantung kepada pengalaman bekerja, keterampilan dan keperibadian anda apabila dinilai oleh penemuduga nanti. Usah mengharap sangat! ada haluan kerjaya yang mungkin lebih baik sudah ditetapkan untuk anda olehNya.

4 Kelebihan Bekerja Di Singapura

Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda 4 Kelebihan Bekerja Di Singapura. Sebenarnya, ada banyak kelebihan apabila anda bekerja di Singapura. Berikut adalah beberapa kelebihan lain selain dari kelebihan bergaji 3X ganda lebih besar.

1. Pendapatan Meningkat Setara Dengan Kenaikan Nilai Matawang

Singapura adalah merupakan negara yang maju. Kedudukan ekonomi mereka sangat stabil dan sentiasa mengukuh dari semasa ke semasa. 2 tahun lepas, jika gaji anda berjumlah SG 1,000 sebulan.. maka, pendapatan anda ialah RM2,600, tetapi kini, jika gaji anda masih SGD 1,000.. pendapatan anda dalam ringgit malaysia ialah RM3,100. Tanpa perlu menunggu kenaikan gaji dari majikan anda.. gaji anda sudahpun bertambah!

2. Gaji Tinggi, Kos Hidup Rendah!

Anda pasti pernah mendengar tentang peluang pekerjaan memetik buah di Australia yang pernah hangat suatu ketika dulu... gaji yang ditawarkan, memang sangat lumayan.. RM15,000 sebulan katanya. Tapi, untuk bekerja di Austarlia, maka anda perlu tinggal di Australia juga. Ini menjadikan kos sara hidup anda juga tinggi. Jadi, ianya tidak memberikan anda apa-apa kelebihan pun sebenarnya.

Berbanding bekerja di Singapura, anda masih boleh menetap di Malaysia walaupun anda bekerja di negara maju (Singapura). Kos sara hidup rendah, tetapi gaji anda tinggi!

3. Mudah Berpatah Balik!

Berbalik kepada contoh bekerja sebagai pemetik buah di Australia, apabila di selidiki, pelbagai risiko lain boleh berlaku. Anda mungkin akan "dijual" oleh agen anda malahan ada juga majikan yang tidak mahu membayar gaji seperti yang dijanjikan! Jika semua kecelakaan ini berlaku, maka, untuk anda berpatah balik dan pulang ke Malaysia juga adalah sangat rumit dan sukar. Kos penerbangan untuk pulang ke Malaysia sahaja sudah memerlukan wang beberapa ribu ringgit. Akhirnya, anda terpaksa merempat di negara orang.

Berbanding jika anda bekerja di Singapura, jika apa-apa berlaku kepada anda... anda hanya perlu naik bas dan membayar tambang kurang dari RM50 untuk pulang semula ke Malaysia. :)

4. Sah & Kurang Risiko!

Apabila anda bekerja di Singapura, anda akan bekerja secara sah dengan menggunakan permit kerja yang dikeluarkan oleh Ministry of Manpower (Singapura). Anda kenal majikan anda dan ada dokumen perjanjian. Anda akan dilindungi oleh undang-undang buruh daripada penipuan majikan.

Tiada isu majikan tidak membayar gaji seperti mana yang berlaku di negara-negara lain yang mana, anda masuk dan bekerja secara haram. Apabila anda bekerja tanpa permit, pihak majikan berani untuk tidak membayar gaji kerana mereka tahu, anda tidak akan mampu berbuat apa-apa sebab anda tiada permit kerja. Jika anda membuat laporan polis sekalipun, mereka tidak akan mengendahkan anda, kerana, dari sudut perundangan, anda tiada permit kerja dan anda tidak bekerja.

Itulah antara kelebihan bekerja di Singapura. Jika anda berminat bekerja di Singapura, ada panduan khas untuk anda bermula dari A hingga Z. Panduan lengkap Mencari Kerja dan Bekerja Di Singapura ini sudah membantu ramai orang dan kini giliran anda pula!

4 Kelebihan Bekerja Di Singapura


Jangan kata abang tak payung, download sekarang!

7:38:00 PG

Soalan Lazim Bekerja Di Singapura

Soalan Lazim Bekerja Di Singapura | Sehinga hari ini, terdapat 4 orang ahli keluarga saya bekerja di Singapura. Hari demi hari mereka semakin kaya, aku yang kerja dengan kerajaan ini semakin tersepit di celah bangunan tinggi. Menunggu masa ditolak elaun, menunggu masa sewa rumah naik, menunggu masa income tax potong gaji. Terasa macam nak tukar kerja tetapi demi negara dan rakyat tercinta masih lagi dengan kerja asal.

Soalan Lazim Bekerja Di Singapura

Bercakap mengenai Panduan Bekerja Di Singapura, tidak ramai yang mahu berkongsi pengalaman mereka. Namun, terdapat beberapa soalan yang selalunya orang tanya apabila berniat nak kerja disana.


Berikut adalah soalan-soalan yang lazimnya ditanya bekerja di singapura:


Tak Pandai Bahasa English, Boleh Kerja Di Singapura Tak?
Boleh. Memang bahasa english adalah bahasa pengantar disana, namun keperluan bekerja adalah berlainan. Jika anda mahu bekerja sebagai waitress selalunya mereka akan terima saja. English learning akan dibuat secara pelan-pelan.

Saya Tak Ada SPM, Boleh Kerja Tak?
Boleh. Tak ada UPSR atau PMR pun tak apa. Kerja disana ada banyak jenis. Ada yang tak perlukan kelulusan pun.

Berapa Kos Buat Passport Antarabangsa?
Kos buat passport antarabangsa adalah RM100 untuk 2 tahun. RM200 untuk 5 tahun. Dah murah dah sekarang ni !

Macamana Buat Passport?
Mudah. Sediakan duit RM200. Pergi ke Jabatan Imigresen, atau Imigresen UTC berhampiran dan mohon passprt antarabangsa. Siap dalam masa 1 jam.

Kerja Singapura Perlu Buat Permit/Levy? Berapa Kosnya?
Ianya bergantung kepada tahap pendidikan/kelulusan/skill pekerja. Permit/Levy ini dibayar oleh majikan, selalunya dalam SGD 250 hingga SGD 750 sebulan. Tak payah risau yang ini, bukan anda yang bayar.

Adakah Gaji Akan Ditolak Untuk Bayar?
Tidak. Jika dalam iklan atau agreement tu kata nak bayar SGD 1500 sebulan, maksudnya korang akan dapat bulat-bulat SGD 1500.

Kos Untuk Tinggal Di Singapura Mahal Tak?
Dah duit mahal memanglah kos hidup pun mahal. Caranya korang kena stay Johor Bharu samada sewa rumah atau sewa bilik. Selesai masalah!

Berapa Gaji Bekerja Di Singapura?
Ini adalah soalan 'Sepu Emas'. Ramai yang mahu bekerja di Singapura bertanyakan soalan ini. Rata-rata kerja yang ditawarkan adalah berdasarkan pengalaman dan kelulusan. Ianya bermula daripada SGD1000. Jika ditukar kepada duit RM Malaysia, lebih kurang RM3100.

Pendidikan dan pengalaman bukan masalah besar jika mahu bekerja di Singapura. Setiap permasalahan ada penyelesaiannya. Ada panduan bekerja di Singapura yang perlu anda baca dan fahami.

Jika anda berminat mahu bekerja di Singapura, saya galakkan anda membaca - Panduan Bekerja Di Singapura 

Soalan Lazim Bekerja Di Singapura


Semoga bermanfaat dan bekerja dengan gaji SGD !

Sumber rujukan: NajibHalim