Post Top Ad

Memaparkan catatan dengan label Panduan Saham. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Panduan Saham. Papar semua catatan
1:31:00 PTG

21 Broker Saham Terbaik Bursa Malaysia

21 Broker Saham Terbaik Bursa Malaysia | Ya! saya tahu ramai yang tengah cari broker saham terbaik di Malaysia sekarang ni. Maklumlah, banyak kaunter saham tengah naik sekarang ni, ada kaunter yang sampai 600% kenaikan sejak 6 bulan yang lepas. Lebih baik kita belajar melabur sekarang daripada berputih mata melihat rakan-rakan lain dah untung sehingga 1000% daripada modal pelaburan asal.
21 Broker Saham Terbaik Bursa Malaysia

Jika dilihat pada peratusan kenaikan nilai saham bagi beberapa kaunter, nilai ini tidak akan dapat kita perolehi jika melabur ke dalam ASB, Unit Trust atau Fix Deposit. Namun, pelaburan bukan jaminan keuntungan sentiasa memihak kepada anda. Jika nilai susut, anda pastinya akan menanggung kerugian juga. Sebab itu, Teknik Analisa Jual-Beli Saham perlu dipelajari.


Tip Penting Sebelum Buka Akaun Saham (CDS)

Untuk permulaan pelaburan, anda perlulah mengetahui beberapa tip penting sebelum membuka akaun CDS anda. 
  1. Perlu memahami return dan risk saham
  2. Perlu tahu jenis-jenis saham
  3. Perlu tahu broker patuh syariah dan tidak
  4. Perlu tahu bagaimana proses membuka akaun CDS saham 
  5. Perlu ada modal permulaan melabur atau tidak

21 Broker Saham Terbaik Bursa Malaysia

Jika dah tahu, bagus..tetapi jika belum mungkin saya akan cuba terangkan pada artikel yang akan datang. Kali ini, mari kita kenali 21 broker saham dalam Bursa Malaysia yang boleh dipertimbangkan sebagai broker saham anda nanti.
21 Broker Saham Terbaik Bursa Malaysia

  1. CIMB Investment Bank Bhd
  2. Maybank Investment Bank Berhad
  3. RHB Investment Bank Berhad
  4. Hong Leong Investment Bank Berhad
  5. AFFIN Hwang Capital
  6. Malacca Securities Sdn Bhd
  7. TA Securities Holdings Bhd
  8. Kenanga Investment Bank Bhd
  9. SJ Securities Sdn Bhd
  10. Public Investment Bank Bhd
  11. UOB Kay Hian Securities (M) Sdn Bhd
  12. Inter-Pasific Securities Sdn Bhd
  13. MIDF-Amanah Investment Bank Bhd
  14. BIMB Securities Sdn Bhd
  15. JF Apex Securities Bhd
  16. M & A Securities Sdn Bhd
  17. Alliance Investment Bank Berhad
  18. AM Investment Bank Berhad
  19. Mercury Securities Sdn Bhd
  20. FA Securities Sdn Bhd
  21. PM Securities Sdn Bhd

Semua senarai Broker Saham ini boleh didapati di laman web Bursa Marketplace

Mahu membuka akaun CDS dengan broker patuh syariah? Lihat senarai - 10 Broker Saham Patuh Syariah Di Malaysia

21 Broker Saham Terbaik Bursa Malaysia

Semoga membantu.

12:16:00 PTG

3 Langkah Mudah Buka Akaun Saham CDS

Ramai orang nak buka akaun saham, tetapi tak begitu ramai yang ada pengalaman membuka akaun saham yang lebih mesra dipanggil CDS. Apa CDS ni? CDS adalah singkatan bagi "Central Depository Service", sebelum anda melabur dengan mana-mana saham Bursa Malaysia, anda perlu membuka satu akaun CDS dengan mana-mana syarikat broker saham. Manakala, orang yang selalu berurusan dengan kita mewakili syarikat broker dipanggil sebagai remisier atau dealer.
3 Langkah Mudah Buka Akaun Saham CDS

Berikut adalah 3 langkah mudah bagaimana cara membuka akaun saham CDS, ikuti langkah demi langkah dibawah ini:-

Langkah 1
Untuk membuka CDS, pastikan anda mencari syarikat broker yang anda rasa selesa berurusan, online trading yang mesra pengguna, patuh syariah, dan brokerage fee yang rendah. Lebih bagus jika ada rakan yang recommend, sebab newbie memang belum ada pengalaman buka akaun CDS ni.


Langkah 2
Setelah memilih syarikat broker yang terbaik. Anda perlu membawa dokumen-dokumen penting ini untuk urusan pendaftaran:
  1. Salinan kad pengenalan
  2. Penyata buku akaun bank/account statement
  3. RM10.60 - Caj buka akaun
Bukan semua syarikat broker akan caj RM10.60 tu, ada yang waive caj tu. So, nampak mudah proses buat akaun CDS kan? yup, senang je. Tetapi, ada perkara yang mungkin tidak diceritakan semasa pembukaan CDS ni, jadi anda haruslah bertanya sebanyak mungkin untuk lebih memahami sistem saham dan online trading mereka.

Nak tanya apa? soalan-soalan ini mungkin boleh diajukan kepada pegawai yang in-charge..
  • Berapa kadar brokerage fees?
  • Bagaimana cara jual-beli saham online?
  • Bagaimana cara deposit dan withdraw duit?
  • Bagaimana cara menggunakan tools yang disediakan dalam online platform yang disediakan?
  • Berapa lama pelaburan saham dalam satu-satu kaunter saham?
Banyak lagi soalan yang mungkin berlegar-legar difikiran anda, ajukan saja. Saya pasti pegawai bertugas akan melayan anda dengan baik.

Langkah 3
Selesai! selepas beberapa hari bekerja, siaplah akaun CDS anda. Bila dah siap, masukkan lah duit kedalam akaun tersebut mengikut modal yang anda nak laburkan. Tetapi, pastikan anda menggunakan duit lebihan dan bukan duit simpanan anak anda atau duit bayar loan kereta atau sebagainya. Pelaburan ini adalah jangka panjang bukan singkat.

Berapa modal main saham?

Terpulang kepada anda nak mula dengan berapa banyak modal, semuanya bergantung kepada kemampuan kewangan anda. Ada yang mula dengan RM100, RM1000, RM10,000 ataupun RM100,000. Boleh !

Contoh:

Katakan, saham AE Multi Hldgs bernilai RM0.20 dan kita mesti membeli sekurang-kurangnya 1 lot. 1 lot = 100 Unit. So, katakan saya membeli 10 lot. 10 lot X 100 X RM0.20 = RM200

Selepas 6 bulan, saham tersebut naik kepada RM0.50 dan saya jual. Nilai pada masa itu bersamaan RM500. Keuntungan 200%?? keuntungan ini tak akan dapat diperolehi dengan pelaburan ASB dan Unit Trust.

Bagi mengurangkan kadar caj brokerage fees, lebih baik anda membeli 1000 unit. Melabur saham tidak memerlukan modal yang tinggi, cuma kepakaran menganalisa kaunter saham diperlukan bagi menganalisa kaunter saham mana yang berpotensi baik untuk pelaburan.

Mahukan panduan analisa jual-beli saham? baca panduan ini - Sistem Saham

12:15:00 PTG

10 Broker Saham Patuh Syariah Di Malaysia

Sejak beberapa bulan ini, ramai yang mencari broker saham yang terbaik. Mungkin ini lonjakan permintaan pembukaan akaun saham (CDS) dimana terdapat lebih daripada 10 nama saham yang mencapai keuntungan 100% dalam tempoh 6 bulan ini. Fenomena ini amat baik buat kita semua, melabur dalam saham bursa Malaysia adalah pilihan tepat jika mahu keuntungan berganda selain daripada ASB, Unit Trust dan sebagainya.
10 Broker Saham Patuh Syariah Di Malaysia

Perlu diingat! melabur saham bukan untuk platform pendapatan tambahan bulanan. Pelaburan adalah lebih kepada pelaburan jangka masa yang panjang. Jika anda mahu pendapatan tambahan bulanan, lebih baik buat bisnes sampingan, jangan main saham.


10 Broker Saham Patuh Syariah Di Malaysia

Disini, saya kongsikan dengan anda 10 broker saham yang patuh syariah di Malaysia. Anda bolehlah memilih broker saham mana yang sesuai dengan anda.

  1. Affin-Hwang Investment Bank (Window)
  2. AmInvestment Bank (Window)
  3. BIMB Securities Sdn Bhd (Full-Fledged)
  4. CIMB Investment Bank (Window)
  5. Hong Leong Investment Bank (Window)
  6. Jupiter Securities Sdn Bhd (Window)
  7. Kenanga Investment Bank (Window)
  8. Malacca Securities Sdn Bhd (Window)
  9. Maybank Investment Bank (Window)
  10. RHB Investment Bank (Window)

Pelaburan saham bukan seperti buat loan, atau simpanan namun kita perlu pilih yang patuh syariah  juga jika pelaburan mahu dibezakan dengan yang bukan patuh syariah. Antara perbezaan non-islamic broker dan islamic broker adalah:

  1. Margin transaction tidak dibenarkan
  2. Hanya kaunter halal sahaja dibenarkan jual beli saham
  3. Zero interest keatas duit yang kita simpan dalam Trading Account

Itulah perbezaannya...

Dah buka akaun CDS (Central Depository Service) belum?? kalau dah, bolehlah analisis saham mana yang berpotensi untuk dilaburkan. Jika belum, boleh hubungi mana-mana broker diatas atau baca cara buka akaun CDS di sini.

Perlukan panduan analisa jual beli saham? baca panduan ini - Sistem Saham