Isnin, 11 Disember 2017

25 Homestay Murah Di Ranau Dan Kundasang Sabah

25 Homestay Murah Di Ranau Dan Kundasang Sabah. Musim cuti persekolahan sudah bermula. Bagi yang sudah merancang percutian bersama keluarga di hujung tahun ini mungkin maklumat tentang tiket murah dan senarai homestay murah tak perlu lagi.

Walaubagaimanapun, sekiranya ada perancangan bercuti di Sabah pada tahun hadapan atau tahun-tahun berikutnya senarai homestay yang ada di Ranau dan Kundasang ini pasti anda akan cari semula. Tak apa, bookmark dulu artikel ini dan bolehlah tutup laptop, tidur dengan lena. 

Senarai Homestay Di Ranau Dan Kundasang 

Dengan menggunakan enjin carian google, dapatlah dikumpulkan senarai homestay yang ada di Ranau dan Kundasang, Sabah. Sebanyak 25 homestay yang banyak disebutkan dan pernah dikunjungi oleh pelawat di Kundasang.

Jika ada homestay yang tidak tersenarai, jangan berkecil hati ya. Sila hantar maklumat anda di ruangan Contact untuk dimasukkan didalam senarai homestay di Ranau dan Kundasang ini saja.

25 Homestay Murah Di Ranau Dan Kundasang Sabah
Hounon Ridge Farmstay & Camping | Sumber Gambar - TripAdvisor

Senarai Homestay yang boleh anda tinggal ketika bercuti di Ranau atau Kundasang, Sabah adalah seperti dalam senarai homestay dibawah. Anda hanya ambil contact number yang telah dipaparkan dan bolehlah buat tempahan awal kerana homestay-homestay ini selalunya fully book ketika musim perayaan dan cuti persekolahan.

Nama Homestay Nombor Telefon Nama Untuk Dihubungi
Hounon Ridge Farmstay & Camping 0138506463 John
Dh. Homestay, Kg. Kundasang Lama 0198933313 NA
Debbies Homestay,Kg. Kundasang Lama 0198950665 NA
Ilmieza Stay, Kg. Muhibbah 0145607983 Azimie Kawasa
Cinta Village Homestay Mesilou 0198610202 Affendy
Wafa Inap Desa 0138561751 NA
Aura Homestay Kundasang 0138788065 / 0168446056 NA
Zoraini Homestay, Kg. Cinta Mata Kundasang 0138938356 / 0178351781 NA
Umies Homestay, Kg.Cinta Mata Kundasang 0146775311 / 0138115311 NA
Seribu 1 Homestay Kundasang 0198319482 NA
Kopstay Walai Tokou Homestay Berhad 0198426002 Sabrinah Sail
Kundasang Greenhill Homestay 0111956164 / 0195820394 NA
Kundasang Twin Homestay 0198719670 / 0198608153 NA
Sinurambi Homestay 0138992994 / 0138832994 NA
Puncak Homestay 0198700616 / 0195388820 NA
Famyle Homestay Kundasang 0138703117 NA
Ning’s Homestay Kundasang 0198990785 NA
D’izz Homestay Kundasang 0128669626 / 0128669616 NA
D’arsyha Homestay Kundasang 135504032 / 0108785618 NA
Saniom Homestay 0198093075 NA
Satinah Homestay 0138724900 NA
Kundasang Rosewood Home Cottage 0148564048 / 0138871958 NA
Rama-Rama Homestay Kundasang 01125141958 NA
Soboroong Farmer’s Cottage 0194008209 NA
Onis Homestay, Kg. Mesilou 0138862474 NA

Dah dapat Homestay yang murah dan sesuai untuk percutian anda?

Jika ya, mari kita tengok tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di Ranau dan Kundasang, Sabah. Selain daripada Gunung Kinabalu, Desa Castle Fairy dan Kinabalu National Park yang memang sudah terkenal di seluruh dunia, terdapat banyak lagi tempat yang mungkin belum pernah anda kunjungi sebelum ini.

Disini, saya akan kongsikan  6 tempat terbaik dan paling menarik yang terdapat disana. Antaranya adalah:
25 Homestay Murah Di Ranau Dan Kundasang Sabah
Gerai Sayur Jalan Kundasang | Sumber Gambar - Sabahup2date.blogspot.com

1 - Gerai Sayur Jalan Kundasang -Gerai sayur yang terletak di tepi jalan Kundasang ini memang terkenal dengan sayur-sayuran yang cukup segar. Selain sayur, terdapat juga buah starwberi dan markisah dijual di gerai ini. Kalau nak try masak sayuran segar ni, bawa lah ke homestay tempat anda menginap dan nikmati sendiri.

25 Homestay Murah Di Ranau Dan Kundasang Sabah
Sosodikon(Pyramid) Hill Kundasang | Sumber Gambar - goranau.com

2- Sosodikon(Pyramid) Hill, Kundasang - Terletak 5 km daripada pekan Kundasang, Sosodikon(pYramid) Hill sangat sesuai untuk penggemar aktiviti lasak, hiking. Yuran masuk hanya RM3 dan anda boleh menikmati pemandangan bukit berbentuk piramid apabila melihatnya daripada atas.

25 Homestay Murah Di Ranau Dan Kundasang Sabah
Strawberry & Rose Garden Kundasang

3 - Strawberrry Dan Rose Garden, Kundasang - Tempat wajib untuk bawa keluarga adalah di ladang Starwberry dan Rose Garden di Kundasang. Anda boleh memetik buah strawberry segar dan memakannya. Rasai sendiri kesegaran buah strawberry Kundasang ini.

25 Homestay Murah Di Ranau Dan Kundasang Sabah
Kundasang Mount Recreation | Sumber - Twitter @kkcity

4 - Kundasang Mount Valley Recreation - Tempat ini boleh dikatakan baru, belum ramai yang mengetahui tempat ini. Aktiviti utama disini adalah Flying Fox dengan bayaran RM25. Namun, aktiviti ini mungkin tidak dijalankan jika cuaca tidak mengizinkan demi menjaga keselamatan pelawat.

25 Homestay Murah Di Ranau Dan Kundasang Sabah
Arnab Village Kundasang | Sumber Gambar - Berita Harian

5 - Arnab Village Kundasang - Nikmati suasana yang dipenuhi arnab. Anda boleh memegang, menyentuh dan mendukung arnab tanpa had masa. Anda juga boleh memberikan makanan kepada arnab tersebut dengan syarat membeli makanan yang disediakan disana. Homestay/penginapan juga disediakan didalam ladang arnab ini.

25 Homestay Murah Di Ranau Dan Kundasang Sabah
Kundasang War Memorial | Sumber Gambar - borneoholidays.com.my

6 - Kundasang War Memorial - Tempat ini adalah tempat bersejarah di Kundasang. Tempat ini merupakan tugu peringatan bagi memperingati jasa pahlawan yang terkorban semasa peperangan suatu ketika dulu. Kundasang War Memorial ini terletak sangat hampir dengan pekan kundasang.

Terdapat banyak lagi lokasi menarik di Kundasang yang tidak tertulis diatas. Kalau nak melawat semua tempat mungkin perlu menginap di Kundasang untuk 3 hingga 5 hari lamanya. Walaubagaimanapun, bergantung dengan planning yang ditetapkan dalam percutian anda sekeluarga juga.

Tips: Harga Homestay di Ranau, Kundasang mahal? Dapatkan harga terbaik daripada laman web seperti Trivago.com, Booking.com, Expedia.com, Traveloka.com atau Agoda.com. Gerenti harga lebih MURAH daripada harga asal!

Nak bisnes homestay?

Baca juga - Ketahui Teknik Urus & Buat Duit Dengan Homestay

Semoga dengan perkongsian 25 Homestay Murah Di Ranau Dan Kundasang Sabah ini membantu dalam pemilihan homestay untuk percutian anda nanti. Tempah awal lebih baik !

3 comments:

  1. flying fox tu yang ju cari ari tu masa holiday, tp nda jumpa hahahahha.

    Bagus bila ada list mcm ni, mudah rujuk. trima kasih share =D

    BalasPadam
  2. Thanks for the info..
    Kalau ke Sabah, rugi kalau tak singgah ke Kundasang

    BalasPadam
  3. Wah boleh terus hubungi Hstay yang dikehendaki..Haisah homesty pun ada dekat Masjid besar Kundasang

    BalasPadam