Sabtu, 30 Disember 2017

Mee Tauhu Sumbat Sedap Yang Mesti Dicuba

Mee Tauhu Sumbat Sedap Yang Mesti Dicuba di Kota Kinabalu, Sabah. Jika anda berkunjung ke Sabah, salah satu tarikan pengunjung adalah makanan seafood (makanan laut) yang sangat segar. Anda boleh merasa keenakan masakan makanan laut yang memang luar biasa jika anda tahu dimana lokasi yang terbaik di Kota Kinabalu. Selain makanan seafood, terdapat juga makanan lain yang mungkin anda tidak pernah makan lagi.
Mee Tauhu Sumbat Sedap Yang Mesti Dicuba
Restoran Mee Tauhu Sedap, Kota Kinabalu
Kali ini, saya berkesempatan singgah menjamu selera di Restoran Mee Tauhu Sedap. Restoran ini terletak betul-betul berhadapan dengan kawasan Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Bangunan baru yang banyak didirikan di seberang jalan ini menghidangkan resepi Mee Tauhu yang berasal daripada Tawau. Penyediaan yang cukup mudah, namun unik pada kuah tauhunya. Jika penyediaan kuah yang kurang baik, pasti resepi ini tidak sesedap yang asal.

Restoran Mee Tauhu Sedap menyediakan 5 jenis menu Mee Tauhu dengan harga yang murah dan berbeza-beza, antaranya adalah:
  1. Mee Tauhu Biasa (Tauhu Sumbat + Tauhu Putih) – RM5.00
  2. Mee Tauhu Luar Biasa (2 Tauhu Sumbat) – RM5.50
  3. Mee + 1 Tauhu Putih – RM3.00
  4. Mee + 2 Tauhu Putih – RM4.50
  5. Mee + 1 Tauhu Sumbat – RM3.50

Selain resepi Mee Tauhu, restoran ini juga menyediakan masakan popular di Sabah iaitu Nasi Putih + Ikan Boulu/Susu Tanpa Tulang dengan harga RM12.00
Mee Tauhu Sumbat Sedap Yang Mesti Dicuba
Hidangan Menarik Disini
Mee Tauhu Sumbat Sedap Yang Mesti Dicuba
Antara Menu Yang Disediakan Di Restoran Mee Tauhu Sedap

Saya bukan kali pertama makan disini, setiap kali ada tugasan luar di kawasan Sepanggar, saya memang akan pergi ke restoran ini untuk makan. Biasanya, saya minta extra satu piring Mee sebab satu piring saja memang tak cukup haha!

So, apa yang kami order?



Mee Tauhu Biasa ( 1 Tauhu Sumbat + 1 Tauhu Putih) x 3 = RM15.00
Chinese Tea x 3 = RM3.00
Kos untuk bayar makan tengah hari untuk 3 orang hanya RM18.00

Lokasi Restoran Mee Tauhu Sedap Kota Kinabalu

Bukan semua restoran di Kota Kinabalu menghidangkan Mee Tauhu ! Nak cuba? Boleh berkunjung ke restoran ini..

Lokasinya, boleh rujuk printscreen Waze dibawah..
Mee Tauhu Sumbat Sedap Yang Mesti Dicuba
Lokasi Restoran Mee Tauhu Sedap

Koordinat – 6.095, 116.161

Restoran Mee Tauhu Sedap, Lorong Pusat Komersial B4, Kota Kinabalu, Malaysia. 

Sign board besar "Mee Tauhu Sedap" boleh nampak dari jalan raya. Confirm tak sesat punya!

Selamat mencuba dan menjamu selera yaa..

1 comments

  1. Selalu sy limpas saja sini.. belum singgah lagi.. biasa di char kuew teow kebun area sana saja..

    BalasPadam