Isnin, 12 Februari 2018

5 Cara Memiliki Lagu Single Sendiri

Dikurniakan bakat menyanyi adalah satu kelebihan untuk anda. Suara merdu anda adalah lubuk duit untuk dipasarkan. Saya tahu memang ramai yang nak jadi penyanyi tetapi tidak ramai yang tahu bagaimana cara untuk memiliki lagu single sendiri. Paling mudah, upload saja lagu rakaman guna handphone sendiri di Youtube Channel sendiri. Jika bernasib baik dapat sambutan, video akan viral dan adalah syarikat rakaman ambil rakaman dan seterusnya kontrak rakaman.

5 Cara Memiliki Lagu Single Sendiri

Setiap penyanyi mempunyai impian untuk memiliki single sendiri. Di zaman teknologi canggih sekarang ni, impian ini lebih mudah untuk dicapai berbanding era zaman 90-an dahulu. Sekarang ni, banyak studio rakaman dah boleh buat rakaman lagu dengan kos yang agak murah.

Bagaimana Memiliki Lagu Single Sendiri?


Cara DIY Studio Sendiri Di Rumah
Peralatan rakaman yang perlu anda sediakan adalah computer, interface, monitor, perisian rakaman dan lain-lain. Kos pembelian dianggarkan RM2,000 keatas dan memerlukan kepakaran mengedit dan arrange lagu agar lebih berkualiti nanti.

Jika anda mempunyai minat yang mendalam tentang muzik, tidak mustahil anda boleh menghasilkan single dengan hasil sendiri hanya dirumah.

Menyertai Pertandingan Nyanyian
Banyak pertandingan menyanyi diadakan di mana-mana tempat pun di Malaysia ni. Pertandingan nyayian ini selalunya jika ada sambutan Pesta Kaamatan di Sabah, Hari Gawai di Sarawak, pencarian bakat baru dan pertandingan kecil-kecilan di tempat tertentu. Walaubagaimanapun, bukan semua pertandingan nyayian menawarkan rakaman single. Ada yang hanya berupa Wang Tunai dan Thropy serta sijil penyertaan. Kebarangkalian anda untuk menang juga mungkin kecil kerana terpaksa bersaing dengan penyanyi-penyanyi hebat yang lain. Tidak semua pertandingan memberi hadiah rakaman single, tetapi anda harus pandai mencarinya (google search kana da! ) hehe..

Hantar Lagu Demo Ke Label
Ini adalah cara lama, namun anda masih boleh mencubanya sekarang, tiada masalah. Jika bakat nyanyian anda bagus, kemungkinnan jika bernasib baik boleh sign kontrak rakaman terus. Selain bakat nyanyian, mereka juga akan melihat media social dan fans anda, jika ada Youtube Channel view untuk video atau lagu tersebut juga akan dinilai. Tak kan lah Label tu ambil anda jika tiada peminat dan follower sedia ada. Nak melabur untuk single anda perlu ambilkira potensi pasaran dan keuntungan.

Rakaman Single Secara Ansuran
Ada beberapa studio yang menawarkan pakej bayaran ansuran ini tetapi anda kena lah cari sendiri. Sistem bayaran ansuran ini biasanya dipanggil easy payment. Dan, pakej seumpama ini biasanya dilakukan pada musim promosi sesebuah studio itu. Pada waktu ini lah anda perlu ambil peluang untuk membuat rakaman single sendiri.

Rakaman Single Berbayar
Jika anda mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar rakaman single, anda boleh terus pergi ke mana-mana Studio Rakaman dan buat persetujuan kualiti yang anda mahu. Harga pembuatan rakaman single dalam sekitar RM500 (demo) sehingga RM7,000 (Profesional). Kebiasaanya pihak rakaman akan meminta 50-50, deposit pada awal proses rakaman dan selebinya selepas projek rakaman tamat. 

Jika anda berminat untuk membuat rakaman lagu single di Kota Kinabalu, Sabah anda boleh mendapatkan di FH Production, untuk maklumat lanjut boleh hubungi atau datang ke alamat Studio mereka seperti dibawah:-

FH Production
517, Lorong Pasir Putih 8A, Jln Gorongon, 
Taman Pasir Putih 2, 
89500 Putatan, Sabah.

Contact Number: 019-300 9618

Website: FH Production
Google Maps Direction: FH Production Studio

6 comments:

  1. Ini peluang untuk yang berbakat dan berminat.

    BalasPadam
  2. wah sesiapa yg ada bakat apalagi? ikutlah cara ni

    BalasPadam
  3. Boleh contact studio yang saya nyatakan diatas..

    BalasPadam