Rabu, 7 Februari 2018

Cara Semak Laporan CCRIS Dengan Mudah Secara Online

Cara Semak Laporan CCRIS Dengan Mudah Secara Online. Baru-baru ini, ada seorang rakan buat loan kereta. Katanya, loan bank tak lepas kerana ada rekod CCRIS dalam data Bank Negara Malaysia (BNM). Mana-mana bank pun jika mendapati anda ada rekod CCRIS yang buruk tidak akan meluluskan sebarang pinjaman yang anda buat. Rekod CCRIS rakan saya tu adalah CCRIS Pinjaman Pendidikan PTPTN.

Cara Semak Laporan CCRIS Dengan Mudah Secara Online

Bagaimana menyelesaikan dan mengatasi masalah ini? Anda perlu pergi Cawangan PTPTN terdekat dan buat pembayaran minimum yang dikehendaki oleh pihak PTPTN. Kemudian, rekod anda boleh dibersihkan dalam data CCRIS dalam tempoh 3 bulan.

Cara Semak Rekod CCRIS 

Ada beberapa cara untuk semak laporan dan rekod CCRIS ini, malah boleh semak laporan CTOS juga. Antara cara-cara semakan yang boleh dilakukan adalah melalui:-

  1. CTOS – RM26.50 (Termasuk GST)
  2. RAMCI – RM15.90 (Termasuk GST)
  3. BNM – Percuma (Walk-In)

Sekarang, mana satu pilihan anda untuk membuat semakan? Kalau ada masa boleh datang sendiri walk-in ke BNM tetapi jika sibuk dengan kerja, anda boleh guna 3 cara lain lagi. Paling murah dan mudah adalah melalui RAMCI.

Semak Laporan Dan Rekod CCRIS Secara Online

Usah membazir minyak petrol, bayar tol, bayar parking, nai LRT/KTM dan masa anda ke Bank Negara. Ini kerana ad acara lebih mudah untuk anda menyemak dan mendapatkan laporan CCRIS dengan cara atas talian (online).

CCRIS ini merupakan ringkasan kepada Central Credit Reference Information System, rekod ini yang akan mengukur tahap kewangan anda. Jika rekod menunjukkan 0,0,0, maka rekod anda adalah ‘bersih’bermaksud anda bayar loan mengikut jadual setiap bulan yang ditetapkan. Tetapi, jika ada 1,2,3 atau sebagainya maka rekod anda memang teruk. Bayaran asik tertangguh setiap bulan atau lebih.

Rekod CCRIS yang ditunjukkan adalah selama 12 bulan terkini sahaja. Jadi, untuk ├žlear’kan rekod CCRIS supaya bersih, anda perlukan masa 12 bulan untuk memperbaikinya.

Apakah Jenis Hutang Yang Masuk Dalam Rekod CCRIS?

Hutang yang dimasukkan atau dihantar ke Central Credit Reference Information System (CCRIS) adalah seperti:-
  1. Pinjaman Peribadi
  2. Pinjaman Beli Kereta
  3. Pinjaman Perumahan
  4. Kad Kredit
  5. PTPTN
Jika anda membayar setiap bulan dengan konsisten maka rekod menunjukkan angka 0,0,0,0,0 sehingga 12 bulan. Tetapi jika anda terlupa atau tak bayar dengan cara konsisten, angka akan menjadi 1,2,3,4,5 atau mungkin juga 24 , kalau tak bayar selama 2 tahun.

Semakan CCRIS Melalui RAMCI


Cara Semak Laporan CCRIS Dengan Mudah Secara Online

2. Klik Sign Up. Kemudian, isikan maklumat peribadi dan alamat dan alamat lengkap anda (sama seperti alamat dalam IC)

Cara Semak Laporan CCRIS Dengan Mudah Secara Online

3. Upload bahagian hadapan dan belakang kad pengenalan anda, masukkan nombor telefon untuk disahkan. Klik Request/Resend OTP (6 digit nombor akan dihantar ke HP anda - OTP Code)

4. Masukkan OTP Code, klik untuk setuju dengan Terms & Conditions, kemudian klik I'm not robot

5. Tekan button Create An Account

Cara Semak Laporan CCRIS Dengan Mudah Secara Online

6. Isikan soalan-soalan keselamatan dan Submit

Cara Semak Laporan CCRIS Dengan Mudah Secara Online

7.  Klik pada Buy Now untuk proses pembayaran sebanyak RM15.90

Cara Semak Laporan CCRIS Dengan Mudah Secara Online

8. Bayaran perlu dibuat samada menggunakan Kad Kredit, Online Banking atau eWallet RAMCI.

Cara Semak Laporan CCRIS Dengan Mudah Secara Online

9. Selesai pembayaran dan boleh view receipt.

Tunggu pengesahan identiti dan laporan CCRIS akan diemailkan ke alamat email yang anda daftarkan.

Bagaimana rupa laporan CCRIS yang anda akan dapat?

Cara Semak Laporan CCRIS Dengan Mudah Secara Online

Cara Semak Laporan CCRIS Dengan Mudah Secara Online

Inilah laporan CCRIS yang anda dapat melalui email. Sebelum membuat apa-apa loan semula, pastikan rekod laporan CCRIS bersih selama 12 bulan terlebih dahulu ya..

Jika merasakan makumat ini bermanfaat untuk rakan-rakan dan keluarga anda, sila kongsikan artikel ini kepada mereka. Terima kasih dan semoga membantu!

Apa Komentarmu