Khamis, 24 Mei 2018

15 Perkara Yang Diputuskan Dalam Mesyuarat Pertama Kabinet Kerajaan PH

15 Perkara Yang Diputuskan Dalam Mesyuarat Pertama Kabinet Kerajaan PH. Telah berlangsung mesyuarat Kabinet Pertama Kerajaan Pakatan Harapan (PH), antara keputusan yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia adalah Kenaikan Gaji Penjawat Awam (KGT) yang mana sebelum ini kerajaan Barisan Nasional telah menjanjikan bonus dan kenaikan gaji kepada semua penjawat awam yang dijangka ditunaikan pada Julai 2018 ini.

15 Perkara Yang Diputuskan Dalam Mesyuarat Pertama Kabinet Kerajaan PH

Namun, setelah diambil alih oleh Kerajaan baharu ini yang diterajui oleh Pakatan Harapan (PH), katanya tiada bonus untuk penjawat awam dan tiada kenaikan gaji sebab ia adalah janji pihak Pembangkang dan bukan Kerajaan sekarang.

Mesyuarat pertama Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya hari ini telah memutuskan 15 perkara seperti dibawah:

  1. Majlis Profesor Negara dibubarkan
  2. Gaji Jemaah Menteri dikurangkan 10 peratus
  3. Harga petrol kekal
  4. SPAD dibubarkan, diserap di bawah ke Kementerian Pengangkutan
  5. Kerajaan komited dalam usaha mengurangkan hutang negara berjumlah RM1 trilion
  6. GST sifar mulai 1 Jun
  7. Kerajaan akan meneliti  semula gaji dan bayaran elaun pegawai kerajaan berpangkat tinggi
  8. Semua kontrak dan projek rundingan langsung akan disemak atau dimansuhkan
  9. Semua pelantikan berkaitan dengan politik dan kerajaan di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan dikaji semula.
  10. Pejabat risikan luar Malaysia akan dikaji semula
  11. Akta Antiberita Tidak Benar 2018 akan dimansuhkan
  12. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull dilantik berdasarkan pengalaman beliau dalam kes 1MDB dan berani serta tidak berpihak dalam menjalankan tugas.
  13. Tiada sebarang komen tentang projek PR1MA buat masa ini.
  14. Tidak ada campurtangan politik di Proton, bergantung kepada apa yang  Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary dan Geely mahu lakukan.
  15. Bonus dan kenaikan gaji penjawat awam, tidak akan dilaksanakan sebab ia adalah janji pihak Pembangkang dan bukan kerajaan sekarang.

Semoga dengan inisiatif mengurangkan hutang negara dapat direalisasikan Kerajaan Pakatan Harapan. Kita semua doakan hutang 1 trilion tu dapat dikurangkan dan biar undang-undang menentukan mereka yang bersalah menyeleweng hasil negara.

Buat penjawat awam, usah bersedih..ayuh terus memberi khidmat yang terbaik untuk negara..

Apa Komentarmu